Rabu, 24 Januari 2018

Pucuk Labu Masak Lemak




Bahan-bahan :

1.  Seikat Pucuk labu
2. 1 biji lada merah
3. 2 biji bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5.  ikan bilis Secukupnya
6. 1 pek santan kelapa (serbuk dalam plastik)
7. Air Secukupnya
8. Garam dan Gula sebagai perasa
9. Sedikit lada hitam (tak mahu pun tak apa)



Caranya :

Masukkan air didalam periuk kemudian masukkan sedikit santan yang telah dibancuh dengan air suam masukkan bahan 2-5. Apabila mendidih, masukkan pula pucuk labu. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk menggelakkan santan pecah. masukkan juga garam dan gula atau perasa serta lada hitam. Apabila sayur menjadi layu sekata tutup api dan lauk boleh dihidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA