Isnin, 22 Januari 2018

Ayam Bakar Cili Padi pedas Meletop Mek Da




Bahan-bahan :

2 Bahagian ayam (Saya pilih thigh)
Garam dan gula secukupnya 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar kicap 
1 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)

Bahan kisar @ tumbuk
1 btg serai 
4 ulas bwg putih 
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi (lebih kan jika nak tambah pedas)
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 biji kiub ayam 
  
Caranya
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula. Sapu pada keseluruhan ayam, saya bungkus guna aluminium foil dan perap  semalaman dalam fridge. Kalau nak masak cepat 1 jam pun da ok.
Saya bakar guna pemanggang ajaib, Itu yang isi ayam tu lembab2 sikit dan berjus, jus ayam itu Saya buat pencicahnya.

Kalau nak bakar dalam oven pulak guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok2 api, jangan kering sangat.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA