Sabtu, 23 Disember 2017

Shell Out Mek Da



BAHAN MENTAH SHELL OUT

Lala
Ketam
Kepah
Kerang
Kupang
Udang
Siput Sedut




SAYUR

Brokoli
Lobak merah
Jagung




BAHAN RENCAH

1. 1 inci halia
2. 10 ulas bawang putih (2 ulas dicincang untuk tumis)
3. 1 biji bawang besar ( bahagi 2, 1/2 potong dadu untuk tumis)
4. 1 sudu besar udang kering
5. 1 sudu besar serbuk lada hitam
6. 1 senduk kecil lada kisar
7. 1 tangkai daun kari
8. 1 sudu besar rempah kari
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu besar sos ikan
11. 4 sudu besar butter /mentega @ minyak pun boleh.
12. 1 kiub pati ayam
13. Daun limau purut
14. Garam dan gula sekucup rasa




CARANYA

Sediakan periuk berisi air dan sedikit garam untuk rebusan. Setelah air mendidih rebuskan jagung terlebih dahulu. Kemudian celur brokoli dan lobak merah didalam bekas rebusan yang sama sehingga masak.

Dengan menggunakan air rebusan yang sama rebus semua bahan Shell Out, saya rebus satu persatu kerana bekas/periuk rebusan kecil. Rebus hingga shell out nampak berubah warna @ cukup masak.

Bagi bahan rencah pula, kisar bahan 1-6. Panaskan kuali, masukkan butter, setelah cair, tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari. Setelah daun kari layu dan naik bau harum masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan kiub pati ayam sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau, kemudian masukkan pula sos tiram dan sos ikan dan limau purut. Untuk bagi kuah tidak kering, ambil kuah rebusan 1 senduk, selepas mendidih masukkan bahan shell out yang telah direbus tadi. Siap!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA