Jumaat, 8 Disember 2017

Funtasy House Trick Art Ipoh


kemarin aku kongsikan simpanan untuk bercuti, maka posting kali ini adalah destinasi percutian aku 3 generasi telah bermula. Lokasi yang menjadi pilihan adalah negeri Perak khususnya sekitar Ipon Perak. Makanya inilah destinasi pertama aku tujui selepas Check In di Hotel Seri Malaysia dan makan wajib makan dulu. Hehehe hotel ni je bawah 200 dan ada swimming pool untuk asyraaf mandi manda sebelum berangkat balik. 



Jadi aku jadikan lokasi ini tempat pertama yang telah di senaraikan menjadi pilihan, Fantasy House Trick Art ini terletak Di Jalan Market, Ipoh. peh!!! Memang jakun & kelakar sebenarnya, bila pertama kali melayan 3D art untuk bergambar dan rumah terbalik, aku pun jadi tunggang terbalik dibuatnya. tapi memang seronok. Mujur lah masa aku datang tak ramai sangat orang jadi selesa dan tak malu untuk bergambar.



Maka terpaksa la mak aku jadi model sekali kalau tidak, tak dapat nak gambarkan suasana disini. Manakala waktu operasi dan harga tiket ada di pic yang terakhir. Sesuai sangat ke sini dengankeadaan cuaca yang sering hujan malah tetap boleh happy2 dengan aktiviti indoor begini. Layan je la gambar-gambar di bawah ada yang menjadi ada yang tak berapa jadi, asal boleh je la kan!!!!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA