Khamis, 28 Disember 2017

Resepi Ayam Bakar Kenny Rogers Roasted



bahagian punggung dan peha ayam 



BAHAN

1. 2 potong ayam bahagian punggung
2. 1 kiub pati ayam
3. 2 inci halia
4. 4 batang serai
5. 4 ulas bawang putih
6. 2 sudu besar serbuk lada hitam
7. 4 sudu besar madu
8. 3 sudu besar minyak zaiton
9. 3 sudu besar sos tiram
10. Garam sekucup rasa

bahan-bahan yang digunakan



CARANYA

Bahan 2-5 ditumbuk @ dikisar. Kemudian masukkan bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan serbuk lada hitam, sos tiram dan minyak zaiton gaul biar sebati, ketika ini anda boleh rasa, jika kurang rasa boleh tambah garam dan gula secukupnya.


rencah yang telah siap ditumbuk dan gaulkan biar sebati

Kemudian gaulkan rencah tadi bersama ayam, perapkan untuk semalaman, jika anda ingin cepat perapkan selama 4 jam. saya ambil masa semalaman.

Memandangkan saya tiada oven, so saya bakar menggunakan pemanggang ajaib dengan api yang paling kecil, selama 20 ke 30 minit.
setelah bahan perapan sebati gaulkan pula dengan ayam dan ratakan kesemua bahagian

Bagi yang menggunakan oven panaskan avon 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Dengan suhu 200 'C panggang ayam selama 15-20 minit. Siap.


balutkan didalam aluminuim foil untuk diperap semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam kemudian boleh dibakar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA