Rabu, 14 September 2016

Sempurnanya Aidiladha




Aidiladha tahun ni lebih bermakna berbanding tahun2 yang lalu. Asyraaf cakap tahun ni Aidiladha lagi best dari Aidilfitri. Kerana terlibat secara langsung dengan ibadah korban, Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan, dapat sumbang duit untuk emak, untuk tunaikan permintaan dia nak buat korban seekor lembu.



Al kisahnya mak aku da cakap awal tahun lalu, nak buat korban tahun ni jugak, tahun tak sempat tahun depan katanya, aku OK je, bila dia risik-risik dia maklum harga lembu, dia bimbang macam tak cukup duit. Aku pun dengan ringan mulut tanya berapa ada, aku pun dengan senang hati cakap nak bagi 2K. Tiba2 aku bercadang untuk tarik balik  tapi tak cakap lagi.

Tub-tub tengah makan, mak pun sebut mengenai Lembu. Wah!!!! seronok dia nampak excited dia. Makanya aku teruskanla niat untuk sejumlah wang yang telah dijanjikan. Tersentuh pulak tengok bila dia nampak gembira, dan kalau itu yang mengembirakan dia, tak pe la, duit boleh dicari.



Bermula dengan puasa arafah sehari sebelum raya Haji berdua je dengan anak buah, malamnya mak aku da buat persiapan untuk jamuan esoknya. Yang membantu mak aku bukannya aku, si bujang senang. Allahu Akhbar.. dah bujang anak aku. Dia memang suka nak tolong buat kije kat dapur, ringan tulang pulak tu tolong atuk dia, dari warung ke rumah, dari atas meja ke lantai, dari dapur ke ruang tamu . Alahai sayang dia.... aku tolong tengok kikikiki.... kerja kan kacang tanah dari goreng sampai buang kulit yang aku buat.




Seawal pagi raya mandi Sunat hari raya, siap mandikan si bujang senang tu sekali, payah beno nak kejut. Pakaian pun dah siap sedia, semua siap bergegak ke Masjid. Anak buah sepupu nak ikut juga, so berempat. Selepas balik dari masjid kat rumah hanya ada minuman, keluar semula cari tempat nak sarap. Haaaa tu dia "ko da kenapa" da tentu le raya2 ni kedai makan memang tak bukak. Sudahnya singgah sarap di KFC.


Alhamdulillah, Kenyang perut terus balik, bawak mak pulak ke Kandang lembu di kundang Ulu untuk tengok lembu di sembelih. MasyakAllha seram betul la jalan dia, kecik tak kisah jugak ini kiri kanan parit.... hwaaaaa takutnya aku, nak ke kandang lembut tu lagi jalan pun serupa orang kene kurap takutttt.... Aku memang takut kalau lalu tepi parit, fobia walaupun tak pernah berlaku apa-apa yang tidak diingini. Tapi selamat jugak semuanya... selamat sampai rumah.

Cuaca sangat baik, dengan hujan renyai-renyai, panas pun tak sangat. Memang hari yang dirahmati lah. Hari raya kan.

tengok dia dah selamat dikorbankan...

Dari lembu tu hidup, sampai disembelih baru la balik ke rumah semula. OTW balik tu sempat beli durian, peh!!!! mahal betul sekilo RM 25, 7 kilo x silap RM 125 fuh!!!! Nasib la labi, kalau dah tak de kebun macam ini la. Beli la jugak niat nak belanja orang yang membantu. Ini pun da lama niat nak beli, tapi tunggu si bujang senang ada, mak dengan anak minat durian, aku je kurang minat, makan le jugak seulas.



Lambat sikit lembunya sampai, orang ramai da ada makanya merewka semua di jemput untuk menjamu selera AKA mak aku yang masak kikikii.... Aku hanya buat air teh panas sejag. OK le tu dari tak buat apa2. Tengokkan daging lembu dilapah beramai-ramai. Tiba masa nak timbang baru aku tolong, tolong timbang sekilo2. 

Tak pernah buat korban kan. rupanya ada juga bahagian untuk tuannya. Aku hanya ambik ekor je, nak buat sup. Bahagian mak pulak terlampau banyak, jadi nahagian mak pun di bagikan kepada orang ramai. Pak Cik Hamid aka jiran yang dah macam sedara mara kata lembu ni besar seekor je dapat 100 lebih kilo daging tidak termasuk tetel, usus, hati, perut dan lain-lain hanya daging sahaja. makanya dapat la diedarkan kepada semua orang kampung Syukur Alhamdulillah semua merasa.

yang ramai anak mokde hari ni, mereka balik raya haji.
Aku tolong jugak, selepas selesai melapah daging lembu dan kira berapa kilo jumlah keluruhan daging baru buat keputusan untuk berapa KG nak diagihkan kepada orang ramai. Mak kata 1 KG, baru la aku tolong timbang. cukup 1 kilo dan bungkus.


Seronok sepupu-sepupu datang membantu, meriah ini mujur esoknya kerja. Kalau cuti lagi le ramai. Rumah mak andak ni memang rajin buat apa-apa anak-anak buah rajin membantu. Anak-anak buah mak ramai. Anak mak je yang tak ramai. Nanti mak aku keluar le arahan kat anak-anak buah nak buat apa. Kat anak dia yang sorang ni AKA aku le tak pulak. Sehingga selesai edar rumah ke rumah.

Petang sikit ke Kubur pulak... Bawak anak sekali, mak, anak buah ikut sekali. Emmm.... selepas subuh sampai ke peang memang agak penat jugak, ke sana sini. Malam masing-masing berbongkang.

Kesimpulannya, dapat la Asyraaf belajar apa itu Aidiladha. Apa yang patut dibuat, tidak semestinya korbankan haiwan, tapi apa yang lebih penting amalan lain yang boleh di buat setiap tahun tanpa perlukan modal. Kadang-kala budak-budak ni perlu diajar melalui praktikal, cakap sahaja mereka kurang faham atau barang kali langsung tak faham. Mana la tahu esok lusa ibu yap dah tak ada, sekurang-kurangnya dia dah didedahkan dengan amalan yang patut dilkasanakan, sebab dia dah besar dan perlu belajar.

Sebenarnya bukan hanya untuk asyraaf sahaja, untuk anak buah jugak, aku sengaja ajak supaya dia biasa ke masjid. Jangan jadi macam aku dah tua bangka baru nak ke masjid. Nak ke surau atau masjid pun tak de yang bawak dan tak ada yang ajak. Budak remaja kan. Banyak benda yang tak tahu, terutamanya solat-solat sunat, banyak juga aku share untuk dia tahu supaya tak jadi macam aku lambat tahu sebab tak ada yang ajar. Aku bukan dilahirkan dari keluarga yang tinggi ilmu agamanya.

Satu lagi yang aku perhatikan, Asyraaf ni dia suka bermasyarakat, ramai-ramai gotong-royong, nak bantu walaupun bantuan dia tak diperlukan. Kadang rasa sebok je dia, tapi sebenarnya itu le yang lebih baik, pendedahan awal supaya dia biasa dengan keadaan begitu bekerjasama. Anak-anak buah aku yang jantan tu tak reti bermasyarakat, hidup dalam dunia dia dan kawan-kawan seusia dia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA