Jumaat, 23 Oktober 2015

Mendapat dia


Kesian dia, tak sangka meninggalkan kesan begini rupa. Akibat tak dengar kata IBU, ini ubatnya. Bila cakap bekali tak jalan, bila buat yang dilarang, bila hati aku jadi panas ini jadinya.

Dulu masa kecik2 aku jaga kulit dia, walaupun dia anak lelaki tetap jaga, kalau boleh tak nak ada sebarang kesan luka atau parut dickulit dia. Tapi bila first time tengok luka di kuning dia, rasa terkilan, memang salah Abah dia bawak ke taman untuk orang dewasa. 


Bila Asyraaf makin besar, pergerakkan dah x boleh control, main Basikal terjatuh dan luka, sambil2 bersihkan luka dan sapu ubat kuning sedih tengokkan, mula le aku membebel, tapi lebih terharu, bila aku luka n Asyraaf ambik ubat kuning nak sapukan, betul2 copy n paste kelakuan aku. Me,kang betul le orang kata kepimpinan melalui teladan.

Berbalik kes rotan ni, nasib baik kerajaan tak kuat kuasakan merotan sebagai 1 kesalahan dan IBU bapa boleh di kenakan hukuman. Kalau tak aku top 5 calonnya. 

Ibu mana tak sayang anak, gunakan rotan sebulan sekali pun payah, memang tak sampai hati, tapi sesekali memang kene ajar, bila lemak dah tepu, tak mau dengo kata. 

Memang kesian, aku kalau da geram ini jadinya, walaupun aku tau nak merotan dari lutut kebawah, tapi nasib la kene tang mana bila aku libas rotan ni, ini pun rasanya x sepenuh perasaan tapi tak sangka melukakan badan si bujang, patut le mengelupur, walhal sekali je tu, sebagai amaran. 

Memang biasa bila dah rasa sakit, esok lusa tak payah nak pegang rotan lagi,  sebut je "nak rotan" dia da takut. Bergegas buat apa yang disuruh, alhamdulillah Nasib baik si Asyraaf ni makan saman punya budak, kalau tak rotan tu hari2 jadi makanan dia. Aku pun tak tergamak nak merotan je, memang x sampai hati tengok Asyraaf, 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA