Khamis, 15 Oktober 2015

Awal Muharam


Jarang2 orang peduli dengan amalan awal tahun islam @awal muharam, termasuk le aku. Tapi tahun ni bersungguh nak buat jugak, bukan buat apa pun, hanya doa hujung dan awal tahun.

Konon-konon nak p masjid, ada ceramah dan  solat jemaah sekali, tapi tu la Ustaz bagi tau 6.29 ptg, majlis start 6.30 ptg, ada ke patut. Eemmmm.... sudahnya buat la sendiri kat rumah.



Tapi tu la bila first time kan segalanya x sempurna dan tunggang langgang sikit, terkial2 aku baca DOA yg x berapa clear ambil pic doa dari FB, sudahnya baca DOA yg ada dalam surah yassin, alahai kesian aku ni, ini pun officemate yg bagi tau. Memang clear la kan senang sikit nak baca.

Aku!!!!! Baca yassin biasanya guna buku panduan mengandung yg aku gunakan sejak mengandung sampai la anak sebeso sekarang. Sebab tu aku tak tau alam yassin ada DOA tu. Kesian!!!!! Tapi kalau nak baca yassin di masjid aku guna al-quran dalam tab je. Senang berbanding bawak al-Quran, sebab aku akan masuk tandas sebelum dan selepas solat.

Ini semua kes x de early preparation. Tak pe la anggap ini permulaan dan pengajaran, next time ke masjid je ada imam yang lebih arif lagi bijaksana dan sini.

Bersempena dengan awal tahun ni, aku hanya berniat untuk tambah lagi amalan sunat, terutamanya solat2 sunat yang aku tak pernah buat, mula2 memang tak dinafikan susah sikit, tapi dah biasa semua jadi mudah.

Alhamdulillah, hati ini milik Allah dia yang memberi segala rasa dan keinginan malah gerak hati ini pun dengan izinnya, syukur kerana kebelakangan ni, keinginan untuk beramal terus meningkat. Syukur alhamdulillah, dan aku pun berniat untuk mengaji setiap hari tak kisah la walau hanya sehelai muka surat sehari.


Untuk meminta dengan doa yang macam2, sekurang2nya aku tambah amalan tanda syukur atas apa yang diterima, tak lah mengharap sesuatu yang dasyat berlaku dalam hidup aku, memadai segalanya berjalan lancar. Mudah-mudahan amalan kecil ini dapat dilakukan berterusan, dan mudah2an Allah terima amalan kecil ini dari hamba yang hina.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA