Jumaat, 16 Oktober 2015

Bertugas

terasa sempet pakai blazer ni kikikiki...


Seronok bekerja semangat di Japen masih kekal sebati dalam diri. Lebih seronok lagi bila berjumpa rakan sejabatan. Amboi toleh sana kenal toleh sini kenal toleh situ pun kenal, kesana kenal, kesini kesitu pun kenal jugak.... 

Ingatkan kalau dah keluar dari jabatan dah x de nak jumpa2 orang jabatan, rupanya!!!!! ada hubungan dengan Cawangan Perhubungan Antarabangsa. Memang ada hubungan secara langsung dengan wisma putra kerana ASEAN. Apa pun aku OK je.




Tapi tu la, bila jumpa pemuzik, ceh!!!! meluah perasaan.... terkilan aku keluar... yeee... yooo... ooo.... je... kan!!! tapi ye la, dalam keadaan aku dah sesuai, da serasi dan boleh bekerjasama dengan semua di tempat lama, tiba2 aku keluar dengan sukacitanya. Memang tak sampai 2 tahun pun, maklum le aku kan LAKU, KEMPEN pinjam sekejap untuk cover program kerana pegawai yang nak bersalin, so ada le pengalaman bekerja dengan cawangan KEMPEN selain tempat hakiki aku di pentarama. 


Alhamdulillah officer puji kerana aku handle sorang semuanya jalan lancar, dia tak tahu aku selalu balik lagi lambat berbanding dia, semata-mata nak siapkan kerja, orang ramai tak tahu aku balik lambat tunggu bas pun lambat, eemm.... itu le pengalama.... 

Aku pun bersyukur pengalaman dari tangkak membantu aku bekerja dengan cepat dan pantas, bekerja di jabatan, memang perlu banyak pergerakkan, malah kadang2 berlari dalam pejabat walhal tak de anjing pun kejo, anjing jadian ada le kikikikiki, apa lagi bila aku biasa jadi MC, ada juga jadi MC merangkap  stage manager, sakit kaki bertumit tinggi berjalan tak henti malah sentiasa berdiri demi memastikan program berjalan lancar. Aku semangat kerja memamng tinggi, orang je tak tahu. Cuba aku manusia biasa, tak mampu nak lalukan semuanya.



Sebenarnya dimana-mana bekerja aku OK je yang penting semua orang @ kawan2 baru. Segalanya baru. Kerja tak tahu boleh belajar yang penting ada keinginan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA