Isnin, 12 Januari 2015

Berakhir Pertapaan Dia


OK back to school, alhamdulillah berakhir cuti sekolah 2014, maka berakhir juga PERTAPAAN asyraaf di rumah. Kesian dia sepanjang cuti sekolah duduk di rumah sorang2, jaga diri sendiri. Untuk keselamatan aku tinggalkan phone supaya mudah dihubungi. Tengahari jer aku balik untuk memasak.

Alhamdulillah jugak le, jimat duit sebab tak makan luar, dua tiga hari tak keluar duit belanja, kan bagus kalau macam ni selalu!!!! Isi minyak seminggu sekali, sepanjang cuti sekolah sebab kerap keluar masuk pejabat. Kalau tak 1 bar seminggu. peh!!!! memang jimat.



Tapi bila dah sekolah ni, mula la sebok mengejar masa, uruskan keperluan Asyraaf, kerja dan memasak. Kembali la semula kesebokkan luar biasa hahahaha....

Tahun ni lebih banyak pergerakkan, So perluaada jaduan yang terancang supaya berjalan lancar. Asyraaf balik sekolah lambat sebab mengaji di sekolah, nanti nak menghantar mengaji di masjid pulak, nak masak, nak iron baju. Semua tu perlukan tenaga empat kerat ni, mujur la ngaji seminggu 3 kali, tak le rencam sangat. Ini tak tuisyen lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA