Sabtu, 23 Februari 2013

Terganggu

Setiap hari adalah hari2 biasa untuk dilalui. Tapi semuanya sedikit pun tak pernah menjemukan, hanya perlu sedikit ruang untuk melapangkan fikiran dan merehatkan diri dari segala kesibukkan yang di hadapi.

Dalam apa jua yang dihadapi, sama ada sengaja atau pun tidak, dalam terancang mahupun tidak sengaja, adakalanya tiada persediaan untuk menghadapinya. 


Apa yang mencuit hati maka gembira lah rasa dihati. Namun adakalanya emosi terganggu dengan fikiran, dengan pekataan @ ayat yang kadang kala buat aku sedih. Tak mampu, tak mahu, tapi ia datang mengganggu.  Hati yang terlalu sensitif ini terlalu mudah menitiskan air mata andainya tersentuh. Saat itulah terkadang ingin saje memejamkan mata untuk melupakan semuanya untuk seketika.





Realiti kehidupan sememangnya sentiasa bermain dengan perasaan. Tapi aku hanya ingin sentiasa kelihatan tersenyum, tertawa dan adakalanya, menyanyi kerana itulah hobi aku. Siapa lagi yang boleh gembira kan diri kita kalau bukan kita mengembirakan diri sendiri. Kebahagian itu adalah hak milik setiap insan. 

Walaupun dalam hidup ini sungguh banyak dugaan, hakikatnya aku tak sanggup untuk rasa kecewa dan terluka. Kerana itu aku rela sendiri, keyakinan tak mudah dirasai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA