Rabu, 13 Februari 2013

Hadiah Untuk Aku.....

dari sahabat baik
Eeemmm..... aku tak sangka pulak yang aku dapat hadiah my brithday tapi lom sampai lagi Jumaat ni baru le sampai tarikhnya, cukup umur 32.... eeeee da tua..... Macam biasa la, setiap tahun sekadar wish kat FB oleh kawan2 jer tu pun yang tau, tak tau pun tak pe, da biasa la. Tapi tahun ni best freind aku bagi hadiah pulak, tak pernah2 umur, bagi aku hadiah. Orang dah kasi ambik la, hehehehe.... kene balas ni jawabnya, faham2 je la huhu. Pandai dia ek!!!! Da ada dalam fikiran apa yang aku nak beli, InsyakAllah adalah bahagian untuk dia. Dia lahir pada 14hb Februari  dan aku selang sehari.


Bercerita mengenai kawan @sahabat ni, zaman kecil2 dulu kawan2 aku org kampung dan sedara mara, besar sikit sekolah menengah, baru la ada kawan 1 sekolah itu pun tak le rapat mana, dulu adala 2 orang kawan, Noraini dan Zurina. Tapi sejak Noraini berkahwin dan berpindah ke Klang ikut suami jarang2 berhubung, sekarang lagi tak de. 


tudung pink tu Noraini Tudung Biru tu Zurina
Yang sampai sekarang melekat si zurina. Perempuan sorang ni hehehe..... yang masih bujang trang..tang...tang...., dia la yang rajin datang rumah kalau datang memang tak boleh tahan, dari terang sampai ke gelap. Berjam-jam lamanya. Hanya aku kawan yang ada pada dia, hahaha... arwah mak & bapak  dia pun kenal aku.  Akak & adik beradik dia pun tau aku kawan dia dari dulu sampai sekarang. 

Walaupun lahir pada tahun dan tarikh yang hampir, tapi sikap cara, gaya memang cukup berbeza. Tapi dalam berkawan bukan perbezaan yang perlu diperbesarkan, tapi keserasian, kononnya..... hahahaha..... Baru2 ni, dia ceritakan sedikit tentang aku, live aku sebelum ni, rasa terharu dan tak sangka pulak yang dia ingat semua tu.

Dia memang kenal aku dari aku bujang berkawan dengan ramai lelaki huhuhuhu... 1 album masih tersimpan di rumah mak.. hehehe... foto kawan2 lelaki jer.. termasuk org yg aku kenal dalam majalah. Aku pernah masuk majalah URTV.... sekali dah tersiar,,, berduyun2 surat datang tiap2 hari pulak tu....  dan dia jugak le yang jadi teman masa aku dating hehe... Sampai la sekarang perjalanan hidup aku serba sedikit dia tahu. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA