Selasa, 5 Februari 2013

Sampai lagi pada aku..........

Ya Allah!!!!! tolong la aku dah tak de hati lagi kat sini. Semangat semakin hari semakin hilang, semakin malas. nak buat!!! nak buat!!! tapi aku tak buat2, nak2 bila nak buat ini, kene buat itu, nak buat itu disuruh buat ini. 

Senangkan kerja kalau duk mengarah aje. Tak kisah le, aku dah biasa dan hakikat sebenarnya aku memang suka kongker semua kerja, jadi aku akan tau semua, sebab aku suka belajar, dan banyak yang aku pelajari. 


Tapi nak buat macam mana, dalam keadaan semangat nak pulih, aku terima lagi aduan, mengata aku, cerita pasal aku pada orang lain. Banyak betul yang aku sakit hati dengan pak itam sorang ni, macam2 cerita pasal aku dia jaja ke sana sini, hal2 peribadi pulak tu, apa kene mengena dengan kerja, yang aku tak faham, dia duk canang cerita pasal apa, bukan dapat apa pun tambah saham - ada le.

Sebok pulak cerita kat orang aku tak de kenderaan tak de kereta.  Aku hadir jugak mesyuarat walaupun naik motor aje, aku laksanakan jugak tugas aku, walaupun aku bermotor, tengah panas, tengah malam, tengah hujan aku naik motor atas tujuan kerja, terlaksana kerja aku, malah tak menyusahkan orang lain pun. 

Sakit hati bila dia yang menipu orang aku jadi mangsa, aku di salahkan dan aku pulak di kata meroyang, nak tukarkan aku pulak. Aku sakit hati aku cakap je dengan pengarah hal sebenar, nak buat apa bersubahat dengan orang yang salah. Bila dia yang buat perangai, orang pun tau menilai, siapa betul siapa salah. Ingat orang sekarang ni buta mata buta hati ke, orang luar lebih membela aku, sebab tau perkara sebenar.

Yang buat aku terasa sedih dan sakit hati sangat2, bila dia cerita pasal aku dan sampai pulak kepada aku, aku memang tak faham, apa sebenarnya dia nak lagi, nak pertikaikan aku, tau tak aku lebih banyak boleh pertikaikan dia, memang macam2, orang dalam, orang luar, orang K1M, ramai yang tahu perangai dia macam mane. Aku tak cakap pun dia orang da tau, aku tak perlu bukak mulut, orang jugak sampaikan pada aku, so jangan salahkan anak buah, sebab yang "TERKENA" bukan anak buah, tapi orang luar, dia orang pun mana boleh tahan nak simpan, maklum le "hati sudah bengkek".


Antara 1 sebab aku nak cepat2 keluar dari sini sebab ini la "DUIT" masih seperti dulu,  aku tak suka cara dia, sebab aku tau siapa dia, aku tau cara kerja dia, jika ada keperluan dan kepentingan akan ada jugak kesempatan yang diambil. Aku terpaksa akur, walaupun aku tak suka, eemm..... siapa la aku, apa yang pasti aku tak suka jadi macam dia, tak hinggin jadi seperti dia, aku ada cara aku, ada tujuan, matlamat yang lebih jelas, jika aku diberi peluang. Yang penting dalam kerja adalah kehendak jabatan dapat dilaksanakan bukan atas dasar ambil kesempatan atas dasar ada kepentingan sendiri tapi kepentingan jabatan.


Orang tau apa masalah aku, yang orang tau aku tak buat kerja. Tak tau tekanan bebanan dari pelbagai pihak semua kerja humban kat aku. Sekarang aku buat apa yang aku nak, bos pun cakap yang aku tak buat kerja, siapa pun nak marah aku dah tak kisah, aku pun akan keluar dari Johor, lepas ni baru aku buktikan yang aku boleh bekerja dan boleh buat kerja. pengalaman yang ada boleh di adaptasi di tempat baru, semoga di tempat baru dengan semangat yang baru walaupun dalam hari cuba nak cari angin lain di jabatan yang lain, tengok je la lepas PRU nanti kalau BN memerintah lagi, kalau aku dapat 22, kalau tak dapat aku akan cuba mohon tukar skim, tak kisah le 17 sepanjang perkhidmatan, asalkan buat kerja yang relevan.



Dah lama aku pendamkan perasaan ni, nak bercerita tak de orang yang akan faham, akhirnya disini jugak aku luahkan. Aku manusia biasa yang ada hati dan perasaan, kalau tak tau jaga hati orang cukup jangan menyakiti. Manusia bukan tunggul, suara yang didengar akan di sampaikan kepada orang yang menjadi mangsa.


2 ulasan:

  1. Sebenarnya kalau kita ada masalah, kita perlu luahkan supaya tak meletup dan rosakkan diri sendiri. Cumanya, jgn luahkan di tempat yang salah..nanti merana diri sendiri. Yang terbaik, luahkan pada Allah swt ..dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui segala2nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, misah pada Allah kita mampu memohon yg terbaik untuk kita, apa yang berlaku adalah kenyataan, yg akan berlaku adalah dugaan, tetapi adakalanya kita perlukan seseorang untuk beri semangat, untuk kurangkan tekanan

      Padam

SESEDAP RASA