Isnin, 4 Januari 2021

Sedekah Subuh


Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi, keluarga yang gila-gila hahahaha. Syukur dengan apa adanya. Tiada impian atau perancangan. Andai ada rezeki apa yang diinginkan aku usaha untuk memiliki, In Shaa Allah.

Seawal 1 Januari 2021 kemarin dapat la aku kirimkan sumbangan yang aku simpan selepas solat Subuh, atau disebut "Sedekah Subuh". Dari hari ke minggu, minggi ke bulan sampai berubah tahun, nak aku kirimkan pada anak bujang sebelum ke masjid untuk masukkan ke dalam tabung. Alhamdulillah tercapai juga. 

Tidak merancang pun pada 1 Januari, tetapi kebetulan, Hari cuti dan dapat aku kira jumlahnya, aku tambahkan 1 ringgit untuk cukupkan "sebelah tangan". Ye memang tak pernah aku menderma sebanyak itu. Tetapi memandangkan itu adalah sedekah subuh yang aku lakukan beberapa bulan yang lalu, akhirnya dapat disumbangkan.

Sedekah subuh tu, adalah sedekah yang dilakukan selepas usai solat subuh dan sambil sedekah niatkan apa yang dihajati didalam hati. Digalakkan untuk sediakan tabung khas untuk diisi duit ke dalam tabung, cukup masa, sama ada seminggu, sebulan atau dah banyak boleh disedekahkan kepada yang memerlukan tidak semestinya tabung surau. Jumlah bergantung kepada kita nak sedekah banyak mana, 10 sen pun tak jadi masalah, asalkan niatnya baik.

Nak tahu lanjut boleh search tentang sedekah subuh, aku ni manusia serba kurang lagi jahil. seusia penghujung 30-an baru aku tahu. Alhamdulillah dapat tahu dan dapat laksanakannya. Masih tidak terlambat. Memandangkan sekarang pun jarang ke Masjid kerana Covid 19 ni. Ini antara yang mudah, sedekah dengan menyimpan dirumah terlebih dahulu cukup masa salur kepada yang memerlukan. Mudah-mudahkan Allah permudahkan urusan aku didunia dan diakhirat.



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA