Selasa, 29 Disember 2020

Naik


Hahahha... apa yang naik, badan aku yang naik, adoi la, pening la kepala. Banyak baju da sendat, sempit tak muat tu tak payah la nak kata. Kemarin cadangan Disember nak skip gula aka tak nak minum air manis. Tub.. tub KPKB mana tahan duk rumah tak minum air manis hahaha

Sebelum ni boleh control minum air manis sehari 1 cawan je. Tapi sekarang tak boleh, nak-nak di pejabat baru ni, sejuk nak mati, tak selesa, nak cover atau nak panaskan badan kene la minum air panas baru le lega rasa, hangat  sekejap. Tapi lepas tu mengigil balik. Sikit hari lagi aku bawak selimut p office tengok le.

Mugkin Januari ni boleh try, skip gula. Memang terasa badan berat terutama sekali masa solat, macam orang tua dah haaaaa. Tengok orang badan mudah naik mudah jugak nak turun aku jadi pelik. Aku ni makin lama makin naik. Walaupun ada yang tanya macam mana makan apa boleh maintain, halahalahala.... aku ni da macam pelampung. 

Risau la memang risau kalau boleh memang nak maintain, tapi bertahun-tahun nak turun 50 kg x tercapai-capai hasrat tu. Nak kata makan banyak sangat pun tidak. lunch time skip. Ni pun da beberapa hari x breakfrist just minum air cicah biskut.

Memang kene ada aktiviti bersenam ni nampaknya, kalau tak gemuk la aku. Aku kalau boleh tak nak gemuk. susah-susah sangat simpan duit siap-siap boleh sedut lemak. baru slim. hahahahaha... punya le malas nak bersenam sampai macam tu sekali. Memang betul pun nak jimat duit bersenam. sayangnya duit simpan-simpan nak sedut lemak je, bukannya masuk dalam kategori gemuk pun, berisi je. In shaa Allah la boleh try zumba ke, diet ke? mana-mana yang senang  la. Tak boleh tahan dengan badan sekarang, orang tengok pun geram eh!!! tiba hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA