Khamis, 14 Januari 2021

Media Show Case Chiller



Setelah berbulan aku teringin nak beli chiller ni, akhirnya aku dapat cari kedai yang menjualnya. Bila kata KPK bakal diumumkan je Aku terus beli. Alhamdulillah, memudahkan, kek batik dan mango flout aku simpan disini je, jadi kek pun x keras, boleh terus dimakan.

Yang paling best selesa la sikit fridge aku sebab da banyak ruang untuk isi bahan mentah. 

Aku beli chiller ni hasil dari simpanan perniagaan kek batik, mango flout dan korean garlic cheese bread. Ada la sikit2 simpanan jadi ini la hasilnya. Mula-mula aku berat hati nak keluarkan duit simpanan tu, puas memujuk hati, ye la bukan senang nak simpan duit, baru nak banyak, licin balik hahaha.




Syukur Alhamdulillah sikit-sikit simpan, ye aku menyimpan hasil  dari perniagaan. Ini meniaga main2. Kalau betul-betul mesti masyyoook.

In shaa Allah, Aku cuba usaha dan berdoa agar diberi kerajinan berterusan hehehehe. Nak top up balik duit yang keluar. Kene rajin jugak le bangun sepertiga malam, hanya itu je cara yang aku nampak Allah permudahkan hasil jualan aku, lancar je, ada je yang order tiba-tiba, syukur Alhamdulillah. 

Aku seronok sebenarnya, buat apa yang aku suka, walaupun penat, tapi bila tengok duit sentiasa ada semangat rasanya. Ditambah pulak anak bujang yang selalu memberi dorongan, Allah tiu yang menjadi-jadi.

In Shaa Allah aku cuba usaha lebih, mudah-mudahan, Allah melimpah ruahkan rezeki buat aku, nak masuk TV3 tak kesampaian hantar peraduan last minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA