Isnin, 18 Januari 2021

Stew Gearbox

 

Bahan rebusan :

  1. 2 ketul tulang gearbox
  2. 4 inci halia di ketuk
  3. 1 susu kecil garam

 

Bahan kuah stew :

  1. Minyak masak untuk menumis
  2. 3 Biji bawang merah (sederhana besar besar)
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 inci Halia
  5. 1 uncang sup bunjut ( buka uncang dan tumbuk halus bahan didalamnya)
  6. Rempah penumis 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
  7. 1 kiub pati ayam
  8. 4 senduk kecil lada kisar
  9. 2 senduk kecil tomato puree
  10. 2 senduk kecil sos cili
  11. 2 senduk kecil sos tiram
  12. 2 cawan mug air rebusan
  13. Lobak Merah dipotong panjang
  14. Kentang dibelah 4
  15. Sedikit kacang Peas garam secukupnya.

 

Cara-caranya : 

Rebus tulang gearbox dengan halia dan garam sehingga empuk.

 Seterusnya, kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi, masukkan rempah sup bunjut dan rempah penumis 4 sekawan kacau rata sehingga Naik bau. Kemudian Masukkan lada kisar  biarkan kacau-kacau hingga lada kelihatan kering  kemudian masukkan 3 senduk kecil air, kacau lagi dan biarkan lada masak dan pecah minyak.

Seterusnya masukkan kiub pati ayam, tomato puree, sos tiram, sos cili kacau sebati rasa dulu, sebelum gearbox dimasukkan ke dalam kuali, menyukarkan untuk kacau kuah stew bila gearbox ada. Sudah puas hati dengan rasa, masukkan pula air rebusan, tulang gearbox, kentang dan lobak merah. Tutup kuali dan kecilkan api, tunggu sehingga kentang empuk. Masukkan pula kacang peas dan gaul rata seketika, stew gearbox siap untuk dihidang.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA