Isnin, 31 Disember 2018

Best moment in 2018

Sepanjang tahun 2018 ni, banyak jugak kenangan yang agak menarik dan tidak dijangkakan. Memang lain dari tahun-tahun sebelum ini. Semuanya berkisarkan mengenai resepi. Yee.... resepi atau menu yang menjadi kesukaan kawan-kawan bila mereka telah merasainya sendiri.

Selasa, 25 Disember 2018

Rumah Makan Terlajak Laris

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak singgah disini, rumah makan terlajak laris milik selibriti terkenal dan terkaya  Dato’ Aliff, fuyooo memang ramai orang. Boleh tahan sedap, banyak pilihan makanan dan minuman,

Rabu, 19 Disember 2018

Dinner Puspanita


Selama bertugas dan menjadi ahli puspanita, tak pernah terniat nak beriya-iya seperti kali ni. Semangat pulak  nak join Evant ni. Beriya la cari baju dinner dan MUA Sebab nak cantik. Tak sabar rasanya tunggu hari kejadiannya. 

Selasa, 30 Oktober 2018

Rabu, 17 Oktober 2018

Isnin, 15 Oktober 2018

Dip N Dip



Al kisanya, bila aku perhatikan profail pic IG sorang friend, so tanya la officemate. Dia kata disini dan sedap.  Jenuh la tunggu beberapa hari tunggu hari cuti. Maka sampai masanya.

Isnin, 8 Oktober 2018

PASKAL

Movie la hahaha. Cerita tentang tentera laut, kawan recoment untuk tengok cerita ni. Boleh tahan best jugak, ada sedikit lucu yang menjadi lawaknya, perasaan sedih seorang anak dimana ibunya tidak memahami naluri seorang anak, mencabar itu semestinya dah cerita pun mengenai keselamatan kan, dan nilai kasih sayang serta erti sebuah pengorbanan. 

Jumaat, 5 Oktober 2018

Rabu, 3 Oktober 2018

Isnin, 1 Oktober 2018

Tom Yam Campur Mek Daa Style


Bahan-bahan : 

1 biji bawang merah ( besar)
3 ulas bawang putih  
3 sudu besar lada kisar
3 kiub tomyam maggi
3 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar sos ikan
3 batang serai
5 helai daun limau purut 
1 biji limau nipis
5 tangkai lada cili 
tomato 
carrot 
bunga kobis 


cendawan tiram
bawang holand 
daun ketumba / daun bawang
Minyak untuk menumis
Ayam, udang & sotong 





Caranya : 
Kisar bawang putih dan mawang merah.

Panaskan minyak, setelah panas tumiskan bahan yang dikisar tadi. Masukkan serai yang telah dipotong serong dan kacau, masukkan pula lada kisar, kiub Tom yam, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula air, susu pekat manis dan sos ikan, lada colo yang telah diketuk, kacau sebati, masukkan perasan limau nipis, daun limau purut san bawang hollen kacau lagi. kemudian masukkan sotong, udang dan ayam. Kecilkan sedikit api dan biarkan kuah mendidih. Setelah mendidih masukkan pulak sayuran lobak merah, kobis bunga carrot dan tomato, setelah semua bahan cukup masak taburkan daun ketumbar / daun bawang, siap untuk dihidang.

Ahad, 30 September 2018

Rabu, 26 September 2018

Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah pun cukup 2 tahun Usia iphone yang digunakan. Eeemm... orang yang kurang berkemampuan macam aku ni, gunakan kemudahan yang ada je, dengan maxis kita boleh dapat telefon free dengan menggunakan data internet yang ditawarkan, tapi aku memilih iphone jadi bayaran bulanan bertambah, tapi dapat la guna iphone. Walau hakikatkan masa beli ni aku ada je cash 3K tapi sayang nak bayar selepuk. 

Jumaat, 21 September 2018

Bukan Rezeki

Hahahahaha masa di tunggu telah pun tiba. Pertandingan dinanti telah ditempuh dengan keadaannya yang tak berperasaan. Semestinya Aku kalah kikiki. Apa yang pasti semuanya jadi kenangan dan pengalaman untuk tahun ini.

Ahad, 9 September 2018

Debaran Makin Terasa

Alhamdulillah aku terpilih untuk stage seterusnya. Seperti yang aku kongsikan minggu lepas. Aku pun tak sangka. Apa yang dikatakan oleh penganjur dari TV3, seramai 100 lebih penyertaan dan 32 orang dapat ke stage seterusnya dan aku salah seorang daripadanya, sungguh aku memang tak sangka. 


Rabu, 5 September 2018

Isnin, 27 Ogos 2018

Jumaat, 24 Ogos 2018

Rabu, 15 Ogos 2018

Mood Malas

Eemmmm.... entah la sejak kebelakangan ni aku malasnya. Sangat malas tak seperti biasa. Memang betul la malas ni bukan di buat main-main. Kalau dah malas nak buat sesuatu pun memang tak menjadi daaa malas kan. Adoiiii,....

Ahad, 5 Ogos 2018

Royal Blue Kurung Moden


Satu lagi koleksi dari Peach untuk raya 2018 yang lalu. Dengan potongan ringkas kurung moden bewarna royal blue plain dengan sedikit tampalan dari kain yang berlainan jenis berbunga-bunga memberi sedikit menarik, memberikan seri kepada si pemakai, hahahaha gituwww.... ada tak macam penulisan didalam majalah.

Sabtu, 4 Ogos 2018

Da Daftar


Alhamdulillah syukur nikmat, da bertahun niat sejak bekerja di wisma putra 2015, tapi niat jadi semakin kuat pada tahun ni nak daftar haji untuk aku 2 beranak. Syukur sangat, kerana dengan izinnya jua, niat tu tercapai pada hari ni.

Khamis, 2 Ogos 2018

Longdress Oblique Cut


Inilah baju raya favorite, suka dengan designya ngam pulak dengan cutting badan aku. 



Isnin, 30 Julai 2018

Nasi Harimau Menangis


MasyakAllah Sekarang ni kan, macam- macam bende dan nama pelik yang luar biasa menjadi biasa. saya pun jadi terikut-ikut dan berlumba-lumba untuk mencuba terutamanya makanan yang tak pasti keenakkannya tetapi kerana kuasa viral gigih mencari untuk mencuba sendiri.

Sabtu, 28 Julai 2018

Novelle Home Mattress Protector


Niat hanya nak makan je di Seoul garden di IOI City Mall, tapi sempat la singgah index living room niat nya pun nak jalan2, tapi terdengar orang bising2 Aku pun tengok rupanya ada offer jualan happy hour. Ada la set cadar &  conferter, bantal, cadar sahaja pun ada.

Khamis, 19 Julai 2018

lambat Dari Biasa


Macam biasa la, bila cukup tempoh setahun, aku akan renew roodtex. malah seperti biasa juga, aku hanya berhubung melalui whatapp je dengan pegawai bank, tanpa perlu naik kenderaan, cari parking, bayar parking atau langgar peraturan buruk nasib kene saman, apatah lagi untuk menunggu giliran yang pastinya lamalama di bank pun tidak.

Isnin, 16 Julai 2018

Macam Bola

Sempena musim bola, world cup ni. Aku pun rasa seperti bola. Bukan aku je, team aku di office ni. Bila kerajaan dah berubah, keadaan kerja pun slow. Jadi kerja pun lambat, mood haneymoon, bagus la. Sebab boleh fokus dengan Ramadhan & terawih. 

Tapi bila, kerajaan baru di bentuk, jabatan di besarkan, wujud bahagian baru. Tapi di bahagian sendiri, mengecil. banyak pertukaran yang berpindah randah. 

Sabtu, 14 Julai 2018

Khamis, 5 Julai 2018

Giant Flowers

Hari ni aku belajar buat bunga dari kertas A4, Alah x susah YouTube kan hadooo hahahaha. Jadi la 1 Tapi untuk hari ni. Percubaan pertama menjadi. Ya ampunnnn... mula2 tak percaya, Tapi bila da siap memang besoooo hahahahaha.

Selasa, 3 Julai 2018

Berkursus

Alhamdulillah perancangan nak ke Melaka tak jadi. Maka Di pejabat dapat pulak Hadir kursus yang tiba2 Pengarah suruh pergi. Banyak pengetahuan yang diperolehi, memang x sia- sia Hadir.

Selasa, 26 Jun 2018

Open House

Alhamdulillah semalam selesai buat jamuan @ open house. Puas hati bila kawan-kawan pun puas makan dan suka dengan masakan @ air tangan aku. Aku jamu kawan-kawan dengan nasi empet pandan, lodeh, daging deng deng, ayam deng deng, sup ayam + sambal kicap, ubi rebus + sambal hijau, dengan dissert lengkong pandan, kek batik hijau, jambu asam pedas, dengan 2 jenis air, teh panas dan sirap bandung. Jadi kesemuanya hidangan termasuk air ada berapa? 

Jumaat, 22 Jun 2018

Try

hari ni seharian Aku merayap, Dari mydin Putrajaya, billion bangi, terus ke pasar Boeing di seri kembangan, kemudian ke giant berhampiran Alhamdulillah jumpa dan lebih murah dari mydin cuma design je berbeza, tapi tak apa yang penting dapat jugak

Isnin, 11 Jun 2018

Ahad, 10 Jun 2018

Eliksir Keremajaan



Lagi keluaran baru dari safi Rania Gold. Baru nak cuba kerana tertarik dengan funginya untuk menghilangkan jeragat. malah kegunaannya boleh dicampur dengan produk yang lain. Yaaa... aku adalah pengguna SAFI RANIA GOLD, tengah tunggu offer je untuk jadi model. kah.. kah.. kah.... memang tak layak la kan, so abaikan hanya gurauan semata-mata.

Jumaat, 8 Jun 2018

Khamis, 7 Jun 2018

Aktiviti Ramadhan



Sedihnya bila ramadhan nak berakhir, lebih sedih lagi bila hari terahkir sebelum piriot aku tak dapat ke Masjid, kerana hadir ke sekolah anak. Majlis yang sama berbuka puasa, yasinan sebelum berbuka dan solat hajat untuk pelajar yang ambil UPSR dan diakhiri dengan solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat. 

Rabu, 6 Jun 2018

Rabu, 30 Mei 2018

Renew Roadtex


Alhamdulillah, akhirnya selesai masalah yang membelenggu hidup aku beberapa tahun ni. Sekarang dah selamat untuk berjalan diatas jalan raya tanpa perlu khuatir dan bimbang kene saman atau sebagainya.

aku beli kereta,

Khamis, 24 Mei 2018

Langsir Bilik Bujang



Siap juga langsir fabrik jarang untuk bilik anak bujang. Langsir ini nak cover bagi langsir fabrik tebal. Saje nak cantikkan bilik Asyraaf. Jadi kalau dari luar memang tak la nampak sekadar nampak samar-samar je. 

Rabu, 23 Mei 2018

Drink Jar Sahara


Taadaaaa..... akhirnya aku dapat jugak memiliki sebuah Drink jar, yang diidamkan. Puas mencari, ada  yang macam ni tapi bersaiz kecil, ada besar tapi tak ada warna hijau. Nak dijadikan cerita1 hari aku ke muar outting bersama anak, singgah la aku ke pasar raya. Perasaan tu macam jumpa pak we la weiii!! hahahahaaaaa. Lepas pastikan warnanya dan puas hati dengan saiznya, tanpa tunggu lain hari aku terus beli.

Isnin, 21 Mei 2018

Come Back


Bulan-bulan puasa ni aku memang malas sangat nak up date blog, apalagi nak cerita mengenai orang lain. Tapi tu la aku pun tak tau nak kata, lepas sorang, sorang yang aku kenal buat come back. Apa dia ingat dia artis ke? yang mana kemunculannya ditunggu-tunggu. Ye, para lelaki yang pernah kenal aku, hubungi aku kembali.  Nak raya, nak mintak maaf kot, ke nak suruh aku yang mintak maaf. Hahahaha....

Sabtu, 19 Mei 2018

Resepi Mango Float ku Viral

perkongsian di FB Sirap Limau

Aku memang suka memasak, Tapi Bukan bererti Aku tahu masak semua benda. Cuma Aku suka mencuba resepi baru, dapat la aku berkongsi resepi disini dan semenjak aku join group masakan, dapat la aku berkongsi resepi dan cedok resepi mereka yang mana aku berkenan. Alhamdulillah.

Isnin, 14 Mei 2018

Selasa, 8 Mei 2018

Ahad, 6 Mei 2018

Cendol Putrajaya


Ok kali ni nak share kalau2 teringin nak makan cendol, yang pasti ini hanya Penduduk yang berhampiran Putrajaya. Senang je pergi je ke food court Di Alamanda betul2 ada di sebelah Laman. 

Sabtu, 5 Mei 2018

Cadar Katil Anak Bujang


Taaadaaaa.... itu dia semangatnya aku menjahit cadar untuk tilam bujang anak bertuah aku nan sorang tu. Alhamdulillah siap 1 hari je, ikut target yang aku 

Khamis, 3 Mei 2018

Wallpaper Bilik Anak Bujang



Tu dua.... akhirnya dapat jugak wallpaper seperti yang aku inginkan dengan war na tema biru khas untuk bilik anak bujang. Memang payah, dah beberapa buah kedai aku pergi tapi tak jumpa yang berkenan, dan kebetulan semasa aku berkursus kelas jahitan kedai jual wallpaper bersebelahan kelas. Kebetulan juga, hari terakhir berkursus ada offer 3 roll RM 100. Mulanya nak tengok-tengok, nah!! ada pulak yang berkenan, apa lagi terus beli.

Rabu, 2 Mei 2018

Selasa, 1 Mei 2018

Work Out


Kalau nak tau aku la manusia yang memang tak suka nak bersenam atau aktiviti yang seangkatan denganya, tetapi jangan fikir aku tak aktif. Silap-silap lebih aktif dari orang yang suka bersenam. Hahahha... nak menang jugak.

Ahad, 29 April 2018

Dah Selesai



Alhamdulillah selesai 1 tugas yang dipertanggungjawabkan oleh aku, dan ini merupakan kali kedua aku in charge namun berbeza seperti tahun lepas kerana tahun ni diadakan di dua negeri untuk menjadi tuan rumah, dan 12 negeri dipecahkan kepada 2 zon. Ada kekuatan dan kelemahannya juga. Baiknya tidak la aku bersusah payah mencari tempat untuk program tersebut seperti tahun lepas, dengan itu aku dapatlah fokus membuat kad jemputan kepada para pesara.

Rabu, 25 April 2018

Kerja v/s Anak

Pada dasarnya kalau nak dicerita mengenai kerja, aku tak kisah buat apa pun. 1 pejabat ni, kalau boleh aku bantu aku akan bantu. Malah aku biasa menganti PA pengarah atau PA Timbalan Ketua Pengarah di Bahagian. In shaa Allah kalau tak busy, tak salah pun bantu orang. In shaa Allah juga Allah akan permudahkan urusan hidup aku nanti. Hanya yakin bahawa Janji Allah itu pasti. 

Selasa, 17 April 2018

Setahun Yang Lalu

ni masa aku Dalam Flight, sebelah kosong seelah lagi dia hahahaha

Ya Allah dah lama tak keudara, tiba-tiba nak cerita peristiwa setahun yang lepas, memang cerita yang agak basi dan mengarut. Tetapi bagi aku ianya  perkara yang memberi seribu makna, kerana sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan sungguh menyiksakan.... Selepas setahun lebih berlalu 1 Syaaban ini baru lah terjawab persoalan.


Ahad, 11 Mac 2018

Kesan Fitnah

Kebelakangan ni office panas dengan gossip, ye la saya terlibat secara tak langsung bukan terlibat dalam cerita mereka. Terlibat kerana tahu jalan cerita. Daripada cerita yang umpama sejuk menjadi suam-suam kuku kemudian meletop macam orang main bunga api musim perayaan tu. Huh!!!! panas seketika. Daripada cerita atau bergossip la sedap sikit dengar, tapi bahasa kasar dan kakikatnya memang mengumpat hahahaha.... i terjebak beb, dan akhirnya jadi FITNAH la kononnya.

Selasa, 20 Februari 2018

Mesin jahit & Mesin Jahit Tepi Brothers

Ya Allah... Sungguh!!!! Sekian lama aku idamkan sebuah mesin jahit, akhirnya kini aku miliki Syukurnya tak terhingga, bangga dengan diri sendiri kerana hasil titik peluh sendiri dari simpanan duit kelim tahun lepas maka ia dapat direalisasikan.

Ahad, 18 Februari 2018

Ekor Lembu Masak Siam


BAHAN A (rebus)
1kg ekor lembu
1 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
1 helai Daun kunyit bersaiz kecil
Air secukupnya untuk rebusan.
Rebus ekor lembu dengan bahan diatas 3/4 empuk
(Air rebusan jangan dibuang)

Khamis, 15 Februari 2018

Alhamdulillah


Dulu saat bergelar remaja, seusia belasan tahun, aku tertanya-tanya bagaimana rupanya aku saat usia 30-an. Tak dapat aku bayangkan seandainya diusia itu aku adalah manusia yang membesar bagai johan aka gemuk daaa... memang... memang rasa seram jugak masa tu.

Selasa, 13 Februari 2018

Mohd Chan Restoran




Kemarin punya cerita lepas balik kelas menjahit rasa penat sesangat, jadi rasa nak berehat daru duk dapur aka memasak. Jadi singgah la Mohd Chan, Memang da lama nak try makan di sini, so ini lah pertama kali makan disini.  Alhamdulillah sampai juga. 

Isnin, 12 Februari 2018

Ahad, 11 Februari 2018

Belajar Jahit


Alhamdulillah selesai sudah belajar jahitan selama 2 minggu, hujung minggu je hehe, Sabtu dan Ahad pada 3 & 4  dan 10 & 11 Februari. Dapat  la jugak ilmu untuk kembali aktif untuk menjahit. Wah!!! gituw.. In Shaa Allah mudah-mudahan Allah izinkan minat ini berkembang, sekurang-kurangnya untuk baju sendiri. 

Khamis, 8 Februari 2018

Peminat

iklan gigi dia yang besooo tu anak...anak...

Hehehehe cerita pasal anak ni bila da besar memang macam-macam. Yang ini lagi la macam pelik. Almaklum la anak bujang da 12 tahun. Comel2 macam ibu dia kikikiiki. Apalagi penampilan ke sekolah kemas je dengan persiapan yang disediakan oleh ibu dia, baju sentiasa ber iron. 


Rabu, 7 Februari 2018

Kek Batik Pandan Cheese



Bahan-bahan
10 biji telur
250 gm susu pekat manis@ 1/2 tin susu
200 gm tepung gandum
200 gm horlicks @ 1 Pek kecil
100 gm nestle nestum original
1/2 sudu kecil perisa pandan
1 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 buku batter cup
1 bungkus biskut marie

Jumaat, 2 Februari 2018

Surat Rayuan Kuarters


Assalamualaikum, eh!!! jarang-jarang saya post kat blog ni memberi salam. Tapi kali ni agak official sikit, gituww...  Berkaitan dengan posting saya terdahulu juga terkejut dan tak sangka. Dah terlalu ramai yang komen ingin saya emailkan contoh surat rayuan. Maaf saya tak tahu kalau ada komen jika saya tak tengok ulasan di blog saya. 

Khamis, 1 Februari 2018

Isnin, 29 Januari 2018

Isnin, 22 Januari 2018

Ayam Bakar Cili Padi pedas Meletop Mek Da




Bahan-bahan :

2 Bahagian ayam (Saya pilih thigh)
Garam dan gula secukupnya 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar kicap 
1 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)

Bahan kisar @ tumbuk
1 btg serai 
4 ulas bwg putih 
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi (lebih kan jika nak tambah pedas)
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 biji kiub ayam 
  
Caranya
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula. Sapu pada keseluruhan ayam, saya bungkus guna aluminium foil dan perap  semalaman dalam fridge. Kalau nak masak cepat 1 jam pun da ok.
Saya bakar guna pemanggang ajaib, Itu yang isi ayam tu lembab2 sikit dan berjus, jus ayam itu Saya buat pencicahnya.

Kalau nak bakar dalam oven pulak guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok2 api, jangan kering sangat.