Isnin, 30 Julai 2018

Nasi Harimau Menangis


MasyakAllah Sekarang ni kan, macam- macam bende dan nama pelik yang luar biasa menjadi biasa. saya pun jadi terikut-ikut dan berlumba-lumba untuk mencuba terutamanya makanan yang tak pasti keenakkannya tetapi kerana kuasa viral gigih mencari untuk mencuba sendiri.

Kali ni mencuba menu yang dinamakan Nasi Harimau Menangis. Dalam posting yang diviralkan sangat menerujakan. Nak tahu? cuba la baca link ini, baca je tau, nak percaya kene try dulu baru tau.




Bagi saya bila dah rasa sendiri, boleh la sedap biasa-biasa saje, nasi putih yang dikatakan menggunakan beras wangi rasa macam sama dengan beras kat rumah, super 5 je. Kuahnya memang dibuat dengan rebusan daging lembu, memang terasa lembunya haha. Manakala sambalnya pula tak tau nak gambarkan macam mana, sebab tak pernah rasa sebelum ni, rasanya cukup la, cukup rasa tapi nak kata sedap sangat tu tipu la. Ye yang sedap, dagingnya makan begitu saja pun sedap kerana telah diperap dengan rempah yang tak pasti apa dia. Selebihnya daun salad. Hidangan ini persis Nasi Ayam cuma di ubah suai kepada daging, daging lembu ye bukan daging harimau. Yang jadikan ianya mahal kerana gading terebut. Ada cerita disebalik nama menu ini sendiri, kerana itu harganya boleh tahan sepinggan RM17. Tak apa la kan, mencuba sesuatu yang baru, tidak lah kempunan orang kata pun.



Aku yang nak menangis sebenarnya bila mencari tempat ini berpusing-pusing, tu la akibat degil tak nak ikut google map, walhal gunakan app tu. hahahahhaa. Sudahnya akur jugak, ikut la dengan redha makanya jumpa la jugak, lalu haighway silk Kajang tu memang nampak la tepi jalan. mata aku kan power hahahaha harus la cakap besar bila dah jumpa.

Lokasinya di Food Valet Sungai Ramal. Serius aku da try banyak kali google tak dapat. Itu yang sesat barat. Sudahnya try Sungai Ramal Luar, Alhamdulillah sampai. Memang perlu menggunakan haighway  silk kajang dari Putrajaya kemudian  susur keluar EXIT 1807 Persimpangan Sungai Ramal, dan u turn, selepas shell lalu susur jalan sebelah haighway. Kembang hidung bila berjaya sampai.


Aku pertama kali ke sini maka barulah tahu rupanya tempat ini memang tempat makan seperti medan selera. Pelbagai menu disediakan, tradisional, hingga ke wenstern, dari kuih, nasi, mee, roti malah satey pun ada.



Itik salai pun ada jugaaaakkkk, tapi di luar kawasan Food Valet ni, bersebelahan sahaja, jadi tak menangis la kalau tak makan Nasi Harimau Menangis ni, lagi menangis la kalau semua nak try manu yang 1 ni, mana tidaknya, tengok saje la pada harganya. Jadi boleh try 1 dulu, puas hati baru boleh order lagi bukan apa citarasa orang lain-lain, ada orang suka, ada orang tak suka ada orang tak kisah semua dia belasah haaaa  macam aku le tu.


Disini juga disediakan kemudahan seperti surau selain tandas. Tempat makan jugak disediakan ruanga makan berbumbung dan tidak berbumbung. Selebihnya tengok je la kios-kois makanan yang menjual pelbagai makanan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan