Khamis, 7 Jun 2018

Aktiviti Ramadhan



Sedihnya bila ramadhan nak berakhir, lebih sedih lagi bila hari terahkir sebelum piriot aku tak dapat ke Masjid, kerana hadir ke sekolah anak. Majlis yang sama berbuka puasa, yasinan sebelum berbuka dan solat hajat untuk pelajar yang ambil UPSR dan diakhiri dengan solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat. 



Manakala di masjid pulak, masih seperti ramadhan lalu, aktiviti di bulan ramadhan tahun ni tak jauh berubah, Berbuka puasa masih dimasjid, dari sebelum magrib hingga la selepas terawih dan moreh.  Tahun ni Asyraaf ada, jadi  pergerak aku agak santai sesampai je di masjid terus berwuduk dan tahiyatul Masjid dulu.


Asyraaf pulak terus main peranan  tolong  booking tempat dan ambilkan makanan. Kurma dan nasi serta moreh, ibu dia tinggal makan je, tak perlu nak beratur panjang. Akulah antara manusia yang selalu lambat keluar sama ada selepas magrib mahupun selepas terawin untuk jamuan moreh. Jadi pergerakkan aku lebih mudah bila asyraaf ada.










Ye, ramadhan ni mmang aku kurang memasak, ada pun aku buat untuk berkongsi rezeki bersama jemaah dimasjid. Tak tahu la kenapa. Tapi aku beriya-iya membeli barang-barang semata-mata untuk dibawa ke masjid. Kali ni berkongsi rezeki yang berbeza yang mula-mula bawak kek batik. Teh tarik, dadih dan buah jambu. Cuma nak buat kek batik hijau je tak kesampaian.




tapi terasa letih semacam, dan kerana itu aku kerap la tidur, serius ngantuk amat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan