Isnin, 1 Oktober 2018

Tom Yam Campur Mek Daa Style


Bahan-bahan : 

1 biji bawang merah ( besar)
3 ulas bawang putih  
3 sudu besar lada kisar
3 kiub tomyam maggi
3 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar sos ikan
3 batang serai
5 helai daun limau purut 
1 biji limau nipis
5 tangkai lada cili 
tomato 
carrot 
bunga kobis 


cendawan tiram
bawang holand 
daun ketumba / daun bawang
Minyak untuk menumis
Ayam, udang & sotong 





Caranya : 
Kisar bawang putih dan mawang merah.

Panaskan minyak, setelah panas tumiskan bahan yang dikisar tadi. Masukkan serai yang telah dipotong serong dan kacau, masukkan pula lada kisar, kiub Tom yam, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula air, susu pekat manis dan sos ikan, lada colo yang telah diketuk, kacau sebati, masukkan perasan limau nipis, daun limau purut san bawang hollen kacau lagi. kemudian masukkan sotong, udang dan ayam. Kecilkan sedikit api dan biarkan kuah mendidih. Setelah mendidih masukkan pulak sayuran lobak merah, kobis bunga carrot dan tomato, setelah semua bahan cukup masak taburkan daun ketumbar / daun bawang, siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan