Isnin, 31 Disember 2018

Best moment in 2018

Sepanjang tahun 2018 ni, banyak jugak kenangan yang agak menarik dan tidak dijangkakan. Memang lain dari tahun-tahun sebelum ini. Semuanya berkisarkan mengenai resepi. Yee.... resepi atau menu yang menjadi kesukaan kawan-kawan bila mereka telah merasainya sendiri.
Antaranya resepi yang viral adalah mango flot dan daging deng deng. Memang tak sangka, walaupun memang tak mustahil. Semuanya kerana aku suka berkongsi resepi di 1 group di FB iaitu "Masak Apa Hari Ini".

Akukan memang selalu memasak. Jadi saje la share kat situ. Cuma mana yang agak menarik aku akan letak resepi sekali. Aku bukan nak like @ orang share pun. sekadar suka-suka. Mana tau kalau berkongsi resepi boleh dapat pahala. Kalau dah mati pun kalau orang masih menggunakan resepi kita, dapat pahala berpanjangan. eh!!! ye ke hahaha...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan