Isnin, 8 Oktober 2018

PASKAL

Movie la hahaha. Cerita tentang tentera laut, kawan recoment untuk tengok cerita ni. Boleh tahan best jugak, ada sedikit lucu yang menjadi lawaknya, perasaan sedih seorang anak dimana ibunya tidak memahami naluri seorang anak, mencabar itu semestinya dah cerita pun mengenai keselamatan kan, dan nilai kasih sayang serta erti sebuah pengorbanan. 

Aku ni bukan orang seni atau bukan dalam bidang ni, tapi still nak komen jugak, dari segi pengambaran dan lakonan memang nampak real, setaraf filem antarabangsa. Apa pun memang best.

Sebenarnya cerita ni pada pandangan peribadai ia sangat sesuai jika di tayangkan pada Ogos, kerana ada nilai patriotisme, dan jati diri. Sesuai sangat bawak anak bujang, biar ada hati dan jiwa pertiwi. Jalan ceritanya tak membosankan malah terasa terlalu pantas dari 1 babak ke babak yang lain, rasa macam kesedap je dah habis, tak puas tengok. Selebihnya ,tak pandai nak komen banyak, tapi cerita ni memberi sedikit kefaham dan pendedahan pada kita orang biasa untuk mengenali lebih dekat tugas tentera ni. Itu la ia dalam drama kan. Realitinya mungkin lebih dari itu. 

Namun apa yang perlu kita sedari bahawa bukan mudah dalam menjalankan amanah, bukan sekadar berkorban masa dan tenaga, malah kadang kala. nyawa jadi pertaruhan. namun Selagi hayat dikandung badan, berdoa selalu untuk diri sendiri dan seluruh isi keluarga, supaya segalanya dipermudahkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan