Ahad, 10 Jun 2018

Eliksir Keremajaan



Lagi keluaran baru dari safi Rania Gold. Baru nak cuba kerana tertarik dengan funginya untuk menghilangkan jeragat. malah kegunaannya boleh dicampur dengan produk yang lain. Yaaa... aku adalah pengguna SAFI RANIA GOLD, tengah tunggu offer je untuk jadi model. kah.. kah.. kah.... memang tak layak la kan, so abaikan hanya gurauan semata-mata.


Mungkin ini percubaan yang terakhir dari safi, jika tiada berubahan akan aku pilih brand lain untuk wajah. Semestinya lebih mahal dari safi. Dah lama pakai produk ni, bertahun-tahun. Kulit wajah aku tak ada masalah, jadi pakai produk apa mpun boleh, cuma tidak la yang bukan-bukan, kerana bimbang kesan sampingan.

Cuma bila usia semakin meningkat, jeragat mudah timbul, dan pengunaan produk cegah atau mengawal jeragat sangat diperlukan. Hampir semua SAFI RANIA GOLD  ada dalam koleksi, cuma guna ikut dan aka masa sempat pakai, tak sempat tak pakai, paling rajin pakai masa poriot, sebab tak perlu nak lap ke cuci ke sebab tak solat. 

Bila solat terutamanya macam bulan puasa sekarang ni, aku malas nak menyapu sebagai krim sebab nak solat dhuha. Sayang la kalau da pakai nak cuci balik. Malah kalau tak cuci wajah betul-betul boleh jadi tak sah solat kerana cuci muka tak sempurna. Ya, ramai yang tak menitik beratkan soal kebersihan wajah semasa solat, jadi pastikan wajah yang pakai CC krim ke, foundation dan sewaktu dengannya, kita perlu cuci muka, bukan sekadar ambil wuduk je, tapi try lap guna tisu basah, ada tak kesan krim yang dipakai. kalau ada itu maknanya cuci muka tak bersih. 

Amboi panjang meleret bebelan aku kali ni ye, Ok la itu je info nak bagi tahu, sambung lain kali. hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan