Rabu, 19 Disember 2018

Dinner Puspanita


Selama bertugas dan menjadi ahli puspanita, tak pernah terniat nak beriya-iya seperti kali ni. Semangat pulak  nak join Evant ni. Beriya la cari baju dinner dan MUA Sebab nak cantik. Tak sabar rasanya tunggu hari kejadiannya. 



Nak cari baju sewa je hampir 5 orang aku bermesej. Tapi 2 lokasi sahaja yang aku pergi untuk melihat sendiri baju yang mereka sewa. Pertama tu ada la sejumlah 10 pasang lebih kurang, tapi baju yang aku minat dah disewa orang lain. Hampir putus asa tapi gigih juga cari lokasi kedua dari Shah Alam terus ke Ampang, MasyakAllah naik juling biji mata aku, baju dia memang banyak design dan banyak saiz dan warna yang sesuai untuk dinner. Berkenan la dengan 1 baju tu, dah ada pulak orang yang sewa, terkecewa sedikit, kemudian owner kata ada saiz M dan suruh try dulu. Mak datuk keciknya baju. hahahaha dah try tak sangka la muat, rasa nak melenting tang situ jugak. Dah berkenan bayar RM20 sebagai booking, Alhamdulillah dah senang hati.


Cari tukang solek @ MUA pulak, dalam 4 ke 5 orang jugak la, ada yang mahal nak mati la hahaha. Mula2 dapat murah kemudian ada masalah kekangan masa sebab student. Terpaksa la ambil yang mahal sikit. Ok da ada yang availlable.



Tak habis lagi cari tas tangan pulak dengan kasut. Serius memang banyak kedai aku masuk nak cari yang berkenan punya le susah, tanya la kawan dalam whatapp group, Alhamdulillah di satu tempat dapat beli masqurerade, kasut dan tas, masyakAllah naik juling biji mata aku tengok punya banyaknya, tas tangan memang macam-macam pilihan. Harganya pun murah!!! Alhamdulillah. Pilih yang simple tak de le glitter bagai sebab baju je dah gahh!! Sesuai dengan tudung ada la glitter.




Kasut pulak aku beli selepas dapat tas tangan nak sesuaikan, dah alang-alang mahal aku beli yang tutup sepenuhnya, rasa selesa sebab tumitnya agak tebat walaupun tinggi dari kasut yang sedia ada, baru tutup aurat hahaha. Ye la kasut tu bukan untuk 1 malam itu je, boleh dipakai waktu bekerja terutamanya di majlis rasmi. Yaaa Ampun, masa beli pakai rasa selesa, masa majlis malam tu, asyik nak terbuka je kasutnya. Terpaksa ke toilet nak cari tisu sumbat kat hujung kaki hahaha. 



Sebenarnya mask pun aku cari di beberapa Mr D.I.Y. dapat la beli ada 2 design, tapi aku beli yang berbulu2 baru la glammer kikiki. Biasa la aku kalau tak de bunga ke, reben ke, kupu2 batu- bata ke tak sah. Nak-nak tang kasut. Mujur kali ni kasut kosong je.

OK lah selebihnya belanja gambar dalam majlis tersebut.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan