Selasa, 17 April 2018

Setahun Yang Lalu

ni masa aku Dalam Flight, sebelah kosong seelah lagi dia hahahaha

Ya Allah dah lama tak keudara, tiba-tiba nak cerita peristiwa setahun yang lepas, memang cerita yang agak basi dan mengarut. Tetapi bagi aku ianya  perkara yang memberi seribu makna, kerana sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan sungguh menyiksakan.... Selepas setahun lebih berlalu 1 Syaaban ini baru lah terjawab persoalan.




Hahahaha.... ini memang drama sangat. Al-kisahnya, aku bertugas untuk memantau program di Labuan tahun lalu, Datang pada 2 April terus ke lokasi program, malamnya ada dinner dengan semua staff di Labuan, manakala pada 3 April 2017 perjalanan balik. Sebelum balik aku pun mintak la JAV untuk bawak aku jalan-jalan, sebelum ke Airport untuk bergerak balik ke Putrajaya semula.

Disini la bermulanya cerita, bila aku bergerak ke balai berlepas di Airport Labuan, aku sedar aku diperhatikan, bukan sepasang mata tapi 2 pasang mata. hahaha... memang perasan kan!!! dah tu kalau dia orang pandang berkali-kali, dari tak kisah jadi kisah dibuatnya.... haaaa  "this is the real situation".

Seperti biasa la akukan, buat tak peduli. Tiba2 bila bergerak untuk pemeriksaan terakhir nak masuk flight, sepasang mata tadi merupakan penumpang yang sama flight. Aku masih buat tak kisah, tapi  tahu lah bahawa kita menuju ke destinasi yang sama.

Lebih mengejutkan dia duk sit yang sama row, dan aku dengan dia sahaja orang di tengah tiada. Allahu Akhbar, takdir apakah ini. Fuh!! gentleman siap tolong angkatkan beg masuk dalam box. Aku pernah la naik flight tapi tak selalu, jadi aku tak tahu nak cucuk cable headphone tang mana, tanya dia, dia boleh gelakkan aku, malunyaaaa.... ceh!!! Eksen le tu biasa naik flight, dia biasa ke KL atas urusan kerja. Untung laaaa kan..

Mulanya aku mengelak untuk berborak dengan dia, so tengok la cerita yang ada kan. Tapi dia macam, sikit-sikit tengok, macam nak ajak beborak. Dia tegur aku gelak kuat sangat. Aduhai!! termalu lagi. Sudahnya borak la jugak dengan dia. pong pang pong pang. tak cukup dalam flight, sambil berjalan dalam airport pun jalan sama, emmm.... dia la yang nak jalan sama, bukan aku... aku nak jugak kalau dah ada yang sudi teman bhahahahahahaa....  Jalan la berdua sampai tunggu luggage pun sama2, ceh!!! macam orang balik hanymoon pulak bhahahaha... adoi.

Aku nak solat dia suruh solat di surau di bahagian dalam, aku nak ke surau selepas ambik beg. Sempat la dia ambil gambar ini dan mintak no phone aku. Dia kata dia tak cakau kalau dah ada abang. Aku senyap je. Aku pun lepas ambik beg terus jalan, tak tengok belakang langsung. hahaha...

Seriously, aku tunggu kalau-kalau dia mesej, dari hari ke minggu dan sampai berbulan tak juga... apa lagi nak call memang tidak la kan. Solat silap doa mengharap agar ada respon. Sungguh!! sedikit kecewa. Lebih baik tak perlu bagi no. phone.  Tenang hidup aku. Makanya, sampai saat ini aku pun dah lupa.

Namun, selepas setahun 19 hari, baru dia mesej aku. Mulanya aku bersuara "siapa la yang salah mesej ni" sebab no tidak dikenali. rupanya dia. Tau tak rasa nak nangis punya lama aku tunggu. Kalau kawin silap2 dah beranak. Adoi....

Sebenarnya aku dah lama, tak berkenalan dengan keadaan begini, dulu zaman muda remaja memang selalu orang ngurat, nak kenal bagai haha. Lama dah, ada pun masa kenal kazman, lelaki yang tak jadi laki huhu... dia pun dah berbahagia dengan pasangannya, walaupun masih tak kawin lagi.

Dah habis!! Kesimpulannya, pada yang membaca post ini, aku tegaskan bahawa aku dengan dia tak ada apa-apa pun, Jangan salah faham pulak, kalau-kalau ada sedara mara dia ke, kawan-kawan ke. Jangan dimarah dia pulak, pertemuan itu ketentuan. Namun  aku rasa lega... . Dia yang Aku rasa sangat Menteri, kini semuanya dah terjawab. cuma, puas la hati aku dari pada cerita yang tergantung selama setahun, kini berpenghujung. Semoga dia berbahagia dengan hidup dia, aku tak mahu ganggu hidup dia.

Aku, seperti biasa dulu sendiri, kini pun sendiri, andai itu lebih baik maka aku redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan