Sabtu, 4 Ogos 2018

Da Daftar


Alhamdulillah syukur nikmat, da bertahun niat sejak bekerja di wisma putra 2015, tapi niat jadi semakin kuat pada tahun ni nak daftar haji untuk aku 2 beranak. Syukur sangat, kerana dengan izinnya jua, niat tu tercapai pada hari ni.



Sebenarnya aku bercadang nak ambil cuti aidiladha akan datang, budak sekolah cuti seminggu. Semata-mata nak bawak asyraaf sekali, nak simpankan duit raya dan duit tabung sekali gus daftar haji. Tujuannya biar dia tahu, Ibu dia simpan kan duit untuk dia, duit dia sebanyak sekian-sekian malah hari ini di daftarkan pulak haji, supaya nanti dia cepat tunaikan haji. In shaa Allah mudah-mudahan.

Asyraaf ada simpanan di tabung haji aje sejak dia kecil lagi. Duit simpanan hasil tabungan duit sekolah, orang bagi dan duit raya dia, Ibu dia tambahkan sikit2 je. Selebihnya ada la simpanan SSPNI 1Malaysia 500.

Ibu Asyraaf pun ada hutang jugak pada Asyraaf, Alhamdulillah sikit-sikit bayar setiap bulan. Banyak jugak jumlahnya. Lebih lah dari sebuah mesin jahit yang aku beli kemarin. Saje je bayar setiap bulan, jadi akaun tu nampak aktif.

In shaa Allah buat diri sendiri pun aku mula konsisten untuk menyimpa, mulai tahun ini. Alhamdulillah walaupun sekarang tak keluar out station, rasa cukup je duit. Malah boleh menyimpan pulak. Walaupun sikit, jadi la ada juga simpanan daripada tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan