Ahad, 29 April 2018

Dah Selesai



Alhamdulillah selesai 1 tugas yang dipertanggungjawabkan oleh aku, dan ini merupakan kali kedua aku in charge namun berbeza seperti tahun lepas kerana tahun ni diadakan di dua negeri untuk menjadi tuan rumah, dan 12 negeri dipecahkan kepada 2 zon. Ada kekuatan dan kelemahannya juga. Baiknya tidak la aku bersusah payah mencari tempat untuk program tersebut seperti tahun lepas, dengan itu aku dapatlah fokus membuat kad jemputan kepada para pesara.

Kelemahannya bila da negeri yang buat, dengan jarak yang jauh, memberi sedikit kerumitan, tapi tak apa bos kan ada. Apa-apa dia kene lebih bertanggungjawab, sebab diakan pegawai.


Kali ini tak banyak melibatkan kakitangan bahagian sebab semua petugas dan gerak kerja dilakukan di negeri yang menjadi tuan rumah. Jadi hanya unit sendiri yang hanya berapa kerat ni buat kerja urusan surat menyurat, berurusan dengan setiaP bahagian dan aku fokus buat kad.

Memang 90% urusan kad jemputan aku buat sendiri. Dari ambil kad dari PSM, satting kad, print kad untuk zon 1 je perlukan masa 5 jam untuk siap, lom masuk sampul, senaraikan alamat dan tampal di sampul, tulis pos laju lagi la, da tulis nak cop, nak kene koyak 2 helai dan asingkan kemudian masuk dalam plastik yang disediakan. Selesai hantar pulak ke KPK urusan pengeposan, mujur itu aku tak buat, kalau tak orang yang sepatutnya buat sila berhenti.


Ini nampak mudah tetapi bukan kerja senang, 400 lebih alamat nak kene tulis, ingat x lenguh tangan, memerlukan masa untuk selesaikan prosesnya. Nasib baik la dipecahan kepada 2 zon, so fokus dengan 1 zon dulu, selesai sambung zon 2.

Serius tension aku dibuatya bila bos asyik push dah siap ke belum, walhal dah ada target yang telah ditetapkan, malah kad siap ikut masa yang dirancang, tak lama hantar ke KPK pos laju pun datang dan ambil semua kad yang perlu diposkan, nampakkkkk,  tau le aku buat kerja aku. Masalahnya dia ni tak sudah-sudah bertanya seolah-olah aku ni tak jalankan kerja. Walhal aku terkejar-kejar nak buat, siap bawak balik rumah Sakit betul hati aku.


Lebih sakit hati bila dia kata dia busy, tapi masuk pantry dengan 10 kali sehari, aku punya busy nak sarap pagi pun x sempat, sebab nak siapkan kerja. Kan seronok masuk pantry goyang buah... haaaa memang sakit hati aku... lepas tu keluar tanya anak2 buah dah ke tu dah ke ni.... senangnya kije pegawai.

Sudah la begitu aku yang banyak kerja, yang tak ada orang nak tolong, ada pulak dengan lawatan tapak, yang sepatutnya aku tak pergi pun tak pe, cukup la pegawai je, apa-apa just inform je kepada anak buah. Ini saje dah membuangkan masa dan buang duit kerajaan sebab melibatkan kos untuk bayar kelim anak buah. Di tambah pulak dengan tugas yang lain-lainnya, jadi MC la bagai, aku pun x faham, mana orang lain. Tak kan kerja mudah macam tu pun x boleh buat, takkan bende murah nak harapkan aku. Keee aku je yang boleh harap kah kah kah...

Itu tak kira, yang dah jemput pun bos tanya lagi, aku yang tengah ada kije  lain tertangguh seketika, duk semak nama-nama yang diberikan, jenuh aku nak  explain satu persatu. Senarai yang aku terima pun yang lama, itu je la. Kad yang return back aku call sorang2, yang mana dapat aku kemaskini alamat, yang mana tak dapat ada dalam senarai tetapi maklumat tidak lengkap, bila tidak lengkap maknanya tidak akan dijemput. Dah tu!! Alamat tak ada, apa ingat aku malaikat sebut nama sampai wahyu untuk mereka datang ke majlis. Memang tak le kannnn.

Selebihnya, bila tiba hari majlis kerjasama dan bantuan dari setiap bahagian dan negeri la untuk memeriahkan majlis. Aku pulak lead untuk jaga pendaftaran. Yang bertugas tu tak tahu, hanya aku yang jaga rekod detail pesara ni. Kadang-kala sebut nama pun rasa macam ada dengar gituw. Jadi marah le aku bila nama dia orang da ada, yang bertugas kata tak ada. Apa lagi yang aku kenal, sah-sah orang tu ada nama cuma sebutan dengan ejaan yang jadi sedikit sulit.

Pada keseluruhannya program ni berjaya, tapi aku hanya belakang tabir je. Hari kejadian memang bos aku le mainkan peranan. Walaupun aku ni gred rendah, tapi bab kerja tak kira, urusan dengan orang sana sini. Urusan dengan para pegawai. Tak de masalah pun, aku bukan sehari 2 kije. Semua tu pengalaman. Tapi ada la trajedi, gaduh dengan bos aku kikikii. memang la sakit hati, bende yang bukan aku buat, dia duk tanya, dia yang uruskan dari dulu, boleh pertikai orang yang baru masuk. Sepatutnya dia la bagi maklumat. Dak le semua bende aku cari dan usaha sendiri, lagi nak bising-bising. Memang kene sound la dengan aku, jangan main-main aku ni memang kuat melawan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan