Jumaat, 2 Februari 2018

Surat Rayuan Kuarters


Assalamualaikum, eh!!! jarang-jarang saya post kat blog ni memberi salam. Tapi kali ni agak official sikit, gituww...  Berkaitan dengan posting saya terdahulu juga terkejut dan tak sangka. Dah terlalu ramai yang komen ingin saya emailkan contoh surat rayuan. Maaf saya tak tahu kalau ada komen jika saya tak tengok ulasan di blog saya. 


Yaaa sehingga kini komen semakin meningkat. Jadi saya ambil la contoh surat yang telah siap diedit untuk mereka yang memerlukan. Tak susah sebenarnya cuma kita yang tak tahu nak mula bagaimana. malah saya dapat ini pun dari orang lain juga. So berkongsi pula kepada mereka yang memerlukan.

Ada cerita disebalik cerita ini, saya juga pernah membantu kawan untuk dapatkan kuarters. Dengan berkongsi makluman dan dokumentasi yang BPH perlukan. Ada juga yang saya bantu buat ayat yang bersesuainya dengan situasi mereka dan emailkan kepada pegawai yang menjaga kuarters, Alhamdulillah 2 ke 3 orang juga yang dapat cepat, berjaya hanya dari contoh surat saya ini juga mereka dapat. 

Tapi kalau nak tahu mereka berstatus ibu Tunggal, bukan ibu tunggal pun mengaku tunggal hehehe.... Allah bersubahat ke saya.... Tetapi ia adalah rezeki jugak sebenarnya. Jadi kalau yang ada anak OKU pun mudah nak dapat kuarters cuma perlu datang sendiri berurusan dengan pihak BPH untuk maklumkan situasi sebenar.

Semoga ianya memberi menfaat kepada mereka yang memerlukan. Cuma 1 pinta saya bagi la komen ucap terima kasih atau nak share. Tak perlu bayaran pun kan. Saya malas nak layan bagi mereka yang nak suruh saya emaikan, dalam ramai-ramai saya emialkan sorang dua yang membalas dan ucap terima kasih.

Orang berbudi kita berbahasa, tak salah kalau ucap terima kasih, kita kan orang Malaysia, saat ingin bantuan kita merayu, bila dibantu bukan mintak apa-apa pengeras atau pelembut kain pun just say thank, tetapi kalau tak mahir untuk komen dan sebagainya tak pe la. 

Jadi ini lah iniseatif saya untuk mereka yang bertanya dan tak mampu sebenarnya saya nak melayan komen orang ramai, lagi-lagi blog saya adalah blog yang tak popular. Siapa saja la yang nak tengok kan.



ambil la ini sebagai contoh, jangan lupa istikharah dan dhuha, kerana segalanya atas izin Allah.








80 ulasan:


  1. Setelah memomohon kuarters,bila blh n sesuai buat rayuan?

    BalasPadam
  2. bergantung kepada puan, kalau nak cepat kene selalu datang BPH @ call, kalau urgent hantar je la surat tu.

    BalasPadam
  3. sangat membantu puan. terima kasih.

    BalasPadam
  4. Boleh bagi cadangan apa yang perlu dimasukkan dalam bahagian melalui di atas tuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat kerja kita, semua maklumat kita,

      Padam
  5. Terima kasih puan. saya dah copy surat. saya doakan puan dan keluarga dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  6. salam puan yg bahagian Melalui tu isi jabatan kita bekerja ke atau jabatan kuaryets tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, kerja di bahagian apa,
      Kementerian@. Jabatan apa?

      Padam
  7. Terima kasih. Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  8. terima kasih puan, saya ada anak OKU seorang, rumah sewa di Kepong, kerja Putrajaya dah 5 tahun, ulang alik naik motor rasa xlarat dah, semoga dapat kuarters hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan..dah buat rayuan ke..rasanya kalau ada anak oku..mmng trus boleh dpt..fast lane

      Padam
    2. Kesiannya macam mana ye sekarang da dapat ke belum kuarters

      Padam
  9. Assalamualaikum pn, sy baru sahaja mendapat penempatan baru di putrajaya & mahu memohon kuarters, boleh sy tahu, alamat emel utk sy menghantar surat permohonan.Sy sudahpun mendaftar secara online ttp masih belun didaftafkan dlm senarai menunggu. Terima kasih pn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
      Jabatan Perdana Menteri
      Aras 2-8, Blok F6
      Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      Lebuh Perdana Timur, Presint 1
      62000 PUTRAJAYA

      No. Tel : 03 - 8091 8500
      No. Faks: 03 - 8091 8836

      Padam
  10. Saya dh buat, siap pengesahan doktor anak ada asma n jangkitan kuman tp still x lulus. Hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakit mcm ni saya x pasti. Yang saya tau kalau OKU @ single mom mudah untuk dapat

      Padam
  11. saya dah buat 2 kali surat rayuan..tapi hantar melalui email..balasan tetap sama kena menunggu jugak...nak cuba pergi terus ke unit kuarters BPH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis psiko je BPH call selalu ramai yang buat macam tu dapat sis, klu tunggu je dia x rasa kita terdesak, so call je. Banyak je rumah kosong kat blog rasa pin banyak

      Padam
  12. Balasan
    1. Assalamuailaikkum puan nak Tanya kalau dah siap Surat rayuan nak kene Tanda tangan ketua jabatan ke sebelum hantar melalui emeil atau boleh je hantar terus.

      Padam
  13. salam puan , , boleh x email surat rayuan kuantres. . mohdsupian06@gmail.com

    BalasPadam
  14. salam puan, mcm nak hantar surat rayuan ya? kepada siapa? sbb sy Q untuk turn sy masih pnjang dan kebtulan suami kena terminate kerja tanpa gaji sbb pkp. mcm mana ya nak mohon? terima ksh puan ats maklum bls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan puan pergi sendiri hantar surat rayuan ke BPH. Sy buat rayuan awal tahun alhamdulillah dah terima tawaran

      Padam
    2. Boleh tahu Puan berurusan dgn person in charge BPH siapa ye?

      Padam
    3. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
      Jabatan Perdana Menteri
      Aras 2-8, Blok F6
      Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      Lebuh Perdana Timur, Presint 1
      62000 PUTRAJAYA

      No. Tel : 03 - 8091 8500
      No. Faks : 03 - 8091 8836

      Padam
  15. Terima kasih diatas contoh surat ini.. Semoga Allah berkahi kehidupan kita semua

    BalasPadam
  16. terima kasih sharing cntoh surat puan. Saya pun baru dapat srt tukar ke Putrajaya dari Kuantan 17hb nie..pening rumah seme mahal...Memang harap sangat dapat kuarters..aamin

    BalasPadam
  17. Thanks utk rujukan dan makluman dari Puan.

    BalasPadam
  18. Terima kasih puan atas perkongsian info ini.😊

    BalasPadam
  19. Assalamualaikkum puan nk tanya kalau dah siap Surat rayuan Ni nak kena tanda tangan ketua jabatan ke sebelum emeil

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya tak perlu, tapi terpulang puan, sebenarnya surat penempatan pun sudah memadai

      Padam
  20. Saya dah lima tahun tunggu kuarters. Masih tak diluluskan lagi. Saya ibu tunggal dengan anak oku. Saya dah hantar rayuan tiga kali. Dan pernah ke bph dan hantar rayuan by hand. Takde pegawai yang sudi jumpa pun. Kecewa sgt sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiannya, sepatutnya ibu tunggal, dan ada anak OKU lagi mudah dapat kuarters, susah2 sangat puan hantar surat kepada menteri memang senang nak dapat, kuarters tempat saya banyak je yang kosong depan rumah pun kosong.

      Padam
  21. salam

    Tq di atas perkongsian .Semoga allah memberkati kehidupan puan sekeluarga ..amin

    BalasPadam
  22. Terima kasih atas perkongsian. Semoga sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah..

    BalasPadam
  23. Terima kasih di atas perkongsian.

    BalasPadam
  24. terima kasih banyak2 puan ��

    BalasPadam
  25. As salam puan kalau kite nak tukar kuarters lain boleh ke ye? Sebab kuarters yg sy duduk sekarang dgn jubin blik air jatuh, jubin dapur jatuh dan stu lagi kdg2 tu ada bau busuk dlm bilik air nbr 2 xtaule dtg dr mne baunye huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tanya maintenance dulu, bincang jika boleh di baiki atau tidak . Atau minta maintenance recommend berpindah kerana rumah tak selamat. Setahu saya yang mana mohon down gred boleh mohon kuarters yang ikut kelayakkan mereka

      Padam
  26. Terima kasih atas perkongsiannya puan. Macam kes saya, sy duduk labuan, tp telah dpt tawaran sambung belajar sepenuh masa dan mengikut kontrak akan berkhidmat di putrajaya setelah tamat pembelajaran. Sekarang ni terpaksa menyewa sorang2 kat banting, rumah sewa putrajaya dan sekitarnya mahal sangat2. Anak dan suami saya terpaksa stay berjauhan dgn saya sehingga dapat kuarters barulah dapat berpindah satu keluarga kat sini. Boleh ke kes saya ni untuk buat rayuan? Untuk musim pandemik ni, ada tak email PIC yang boleh saya hantar permohonan terlebih dahulu secara online? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya baru baca komen, apa-apa pun kene mohon online, kemudian baru buat folloe up. Sesiapa pun boleh mohon rayuan, cuba PHB terima atau tidak je. Bergantung pada situasi puan juga.

      Padam
  27. terima kasih puan atas perkongsian, saya baru email petang tadi, memadai ke? kalau nak hantar surat boleh guna poslaju ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak hantar by hand pun boleh, puas hati kita nampak dan tahu siapa penerima dikaunter, jangan lupa ambil gambar @ sekurang-kurangnya tahu nama penerima. Kalau nkita call untuk pertanyaan mungkin akan ditanya serah surat kepada siapa?

      Padam
  28. Balasan
    1. Terima kasih kepada puan Eda...saya ambik contoh surat rayuan ni...semoga murah rezeki selalu..

      Padam
  29. sy guna contoh surat ini ya.. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian..saya mohon share surat ni ya

    BalasPadam