Jumaat, 5 Februari 2016

Sungguh!!!!! Aku tak tau....



Aku tak sangka, selama ni lelaki yang aku kenal adalah suami orang, aku berkawan dengan suami orang. Malah orang itu pernah aku ter "suka" pada saat aku baru mengenalinya.

Pada awal berkenalan dia tak putus2. Bermesej seawal pagi hingga ke larut malam, take care buat aku jatuh hati. Hingga la 1 insiden bila dia tau aku single mother, dia tak bermesej seperti dulu, senyap tiba-tiba, aku mesej pun dia jawab sepatah 2 kata, jelas perubahan ketara, maka dari situ tau la aku.


Aku sedar diri, status macam aku tak semua orang boleh terima. Tapi tak terputus setakat itu, still berkawan bila dia accept di FB. Lama tu aku tunggu, sama la macam mamat sebelum ni accept friend request selepas 1 tahun lebih, alasan sebab Kenal..... Ooooo sebelum ni tak kenal la eh!!!!!! Jawapan dia selalu buat aku sentap, dan dia hanya mampu buat aku menangis, itu la DIA. IKLAN!!!!

Dia still mesej jugak dengan aku tapi di Messenger itu pun kadang2, itu tu sepatah dua kata juga, like bila aku post picture, just picture, but the other is not. Rasanya lama jugak aku kenal dia dari 2013, ada la 2 kali bersua muka itu pun bertiga dengan Asyraaf, but just friend, ye la siapa la aku kan!!!! Aku pun tak kisah lebih baik tak rapat.

Tetapi kebelakangan ni, dia rajin pulak mesej, seawal pagi, macam dulu. Yang aku perasan bila aku post perfume from Abu Dhabi, bekerja di tempat baru dan lain2. Ye la orang boleh Kenal aku hanya melalui FB je, kerjanya? Penampilannya? Sikapnya? Kegemarannya? Atitutnya?

Allah maha kuasa kan, bila dia nak tunjuk, dengan gerak hati je, aku buat soalan perangkap dan dia mengaku dah kawin. Aku tak pasti sama ada dia baru kawin atau sejak kenal dia memang dah berstatus suami. lifestyle dia memang macam bujang, sampai larut malam @ awal pagi 2,3 pagi still bermesej, ops!!!!! Bukan dengan aku, aku tak layak berkawan dengan dia, cuma aku tengok last seen di whapapp.


But now, still nak kawan jugak, "untuk apa????" Ke nak cakap jugak "baru kenal aku" huh!!!!dia tak pernah jadi penting pun, dah lama ketepikan dia dalam hidup aku  lagi kalau dah jadi laki orang bila dah tau status sebenarnya, sama ada betul atau tipu, it's OK aku tak kisah. Aku memang x berminat nak berkawan dengan laki orang walaupun sekadar mesej., untuk apa berkawan dengan perempuan lain yang tak ada kaitan kerja, sedara mara, pendek kata tak ada urusan apa-apa la.



Ye tak salah kalau berkawan pun, tapi itu orang lain. Aku tetap dengan pendirian aku. Kawan tetap akan aku pilih, aku tak mahu hati aku pergi kepada yang bukan sepatutnya. Selagi boleh akan aku mengelak. Biarpun takdir dan ketentuan Oleh Allah. Aku mengharap dan berharap, matikan aku sebelum itu berlaku. Biar orang lain tapi mohon jangan aku.

Fainaly, aku unfriend dari FB dan delete messenger. Selesai. Aku memang tak faham sesetengah lelaki suami orang ni, dah ada bini pun sebok mesej orang lain, bukan nak tumpukan perhatian dan tanggungjawab pada family.

Kesimpulannya pandangan peribadi aku, lelaki macam tu memang bukan lelaki yang baik. Kalau pun isteri tu dianggap tak sempurna atau tak sehebat mana, bererti suami pun tak tentu kehebatannya. Lelaki yang hebat mampu membentuk sebuah keluarga bahagian, mampu membetulkan sikap isteri yang tak elok. Pendek kata, kalau bersyukur tak akan timbul kekurangan dalam perhubungan. Sekian.



3 ulasan:

  1. Ur Face Remind me to some one masa tingkatan 1 .....is it u?

    BalasPadam
    Balasan
    1. not me, maybe "Pelanduk 2 serupa"

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

SESEDAP RASA