Isnin, 29 Februari 2016

Kasut Boot Lee Sandee



Kasut yang sesuai untuk aktiviti yang lebih lasak. Permukaan tapak yang rata membuatkan kaki lebih selesa. Malah dengan design yang menutupi keseluruhan kaki melebihi buku lali, membuatkan kaki rasa selamat dan yang lebih utama adalah ianya menutup aurat, sesuai bagi aku yang jarang-jarang menutup aurat terutamanya bahagian kaki.


Pemilihan kasut ini sebenarnya untuk tugas luar, berjalan di jalan yang berpermukaan berbatu-bata, bertar, berpasir, berumput dan kala berlecak. Bergantung kemana tugas yang akan dilakukan. Memudahkan pergerakkan tanpa perlu berhati-hati untuk memikirkan heel yang tinggi. 

Seperti biasa pilihan warna yang menjadi keutamaan adalah hitam, in Syaa Allah ada rezeki akan aku beli pelbagai warna, kasut design ini pun sesuai untuk dipakai dengan skrit.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA