Isnin, 25 Januari 2016

Tamu Tak Di Undang

Pada hari Ahad lalu, selepas selesai solat Asar aku tengok phone belek2 caj masuk ke tidak, maklum le tab aku bermalasah beberapa bulan ni, macam nak mintak ganti. Tiba2 aku di sapa seekor kucing yang senang menjengah aku dari pintu bilik, masyak Allah terkejut monyet aku, mana datang pulak kucing ni, betul-betul kucing ke? jelmaan ke?, pintu tak pernah dibiarkan terbuka, tingkap sentiasa tertutup, tempat sidai baju pun dah dipasang jaring, jangan kata kucing, nyamuk pun x boleh lepas.

Rupa-rupanya.. dia masuk dari balkoni, pintu sliding door terbuka luas, biasa la aku kalau hari cuti dan bila ada di rumah baru dibuka balkoni tu. Aku bagi la makan, makanan kucing yang aku beli masih tak habis lagi. Nak aku tangkap kucing ni agak liar n takut orang.


Aku halau semula kucing ke balkoni tutup sliding door siap2, takut dia berak kat rumah aku kang aje aku tikam hidup-hidup. Lepas magrib aku jengah le kat cermin sliding door, tak jelas sebab gelap. Tub-tub dengar mieowwww...... kat dalam toilet pulak dia............... molek je dia jengok aku dari pintu toilet. Adeh!!!! tak tau punye terkejutnya aku, kucing.... kucing pak kal le kucing kalau hantu da lama aku cabut keluar tak masuk-masuk.... ade-ade je dia nka buat bulu roma aku meremang....

Sah memang da agak tingkap terbuka, itu yang dia masuk balik. Sudahnya aku biarkan dia bermalam dirumah aku. semua pintu bilik termasuk stor ditutup siap-siap. mana tau nak buang air tersalah bilik nayee je. 

Esoknya bangun pagi, tudung saji da tergolek ke lantai, isinya jangan cakap la ubi goreng aku dan bersepah di meja makan, kat katpet pun ada dengan ikan kering sekali, botol air hijau aku pun tergolek sama. Kucing ni memang kurang ajo betul, aku halau ke balkoni tutup sliding door. Bila aku nik sidai baju kat balkoni, ada lagi!!!!!! dia berak pulak.... cantik je 2 tempat berhampiran..... Hadoi yai, hangin lagi aku, halau dia ke dapur, ngiaw.. ngiaw.... aku bagi la makan, tak cukup, nak makan ikan bilis aku yang aku letak kat lantai dapur untuk disinag pulak.

Tak boleh jadi aku halau-halau dia masuk dalam kabinet dapur, dapat!!!! aku terus keluarkan dia dari pintu utama. Huh!!!! selesai...... niat nak berteman tu memang ada tapi bukan binatang, aku nak teman manusia....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA