Khamis, 14 Januari 2016

Jom Kita!!!!!




Syukur Alhamdulillah, walaupun Asyraaf tiada di sisi, aku masih ringgan kaki untuk ke Masjid. Kalau dulu aku ke Masjid untuk hantar anak mengaji setiap Isnin, Selasa sebelah malam dan semp[at untuk Jemaat sama ada Magrib kalau tak sempat Isyak sahaja manakala mengaji pada hari Sabtu sebelah pagi, jadi aku tak masuk Masjid, tunggu di kereta je. 



Memangdangkan aku keseorangan di rumah dengan tiada apa pun aktiviti di rumah buat aku jadi sunyi, kalau duduk kat sejadah tu kadang bertahun berejam, nak kata ngaji tak jugak, kadang-kadang nak berzikir niat aje buat tak jugak, nak study BI pun angan-angan taik monyet jugak hahhaaaa. Jadi pergi la ke masjid, itulah cara terbaik, malah disitu juga lah ada ketenangan dan keseronokkan yang tiada gambaran.



Sekarang aku tetapkan untuk ke Masjid setiap Selasa, Khamis dan Jumaat. Selasa dan Jumaat kerana ada pasar malam, jadi cari makan di pasar malam makan siap-siap disitu baru singgah ke masjid yang sebenarnya bersebelahan je dengan pasar malam. Khamis pulak memang ada bacaan Yassin selepas magrib, manakala selepas Isyak ada jamuan ringgan,

Memang da setting siap-siap untuk ada sebelum magrib dan balik selepas Isyak. Aku memang nak kejar Tahijatul Masjid, so kene datang sebelum magrib dari pejabat. Syukur sangat2 kerana Allah bagi aku HIDAYAH hahahaha.... HIDAYAH ke..... AllahuAkhbarr.... macam orang sesat pulak aku ni.... Aku pun tak sangka.... Sekarang ni mudah untuk aku belajar tentang amalan-amalan sunat, sejak aku sentiasa ke Masjid. Memang indah apanbila melakukan sesuatu dengan IKHLAS, buat dengan rela tanpa paksa, tanpa disuruh hanya kerana Allah. 



Andai aku tak mampu untuk menjadi kekasih kepada manusia, cukuplah berkasih pada Allah, Walaupun hakikatnya aku ni cuba menambah amalan tapi penampilan masih tak berubah. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati jadi lembut untuk ke arah itu, In shaa Allah.... Biarpun aku begini aku tetap bersyukur. Tak salah aku melangkah ke Putrajaya. Penghijrahan yang lebih baik, dan perangsangnya adalah kerana ANAK. Kerana dialah aku cuba berubah sedikit demi sedikit.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA