Rabu, 13 Januari 2016

Jadi Gaduh

Kesinambungan mengenai anak yang masih tak selesai lagi. Hidup baru dia memang la sedih. Mungkin bagi dia indah khabar dari rupa. Nak buat macam mana ini lah dinamakan kehidupan, dan semestinya hidup kita ini tak mampu menjadi sempurna. 


Bila dengar macam-macam masalah yang timbul di tahfiz complen dari abah dia, yang jubah hilang, loker tak ada, aku jadi pening, semua nak mengadu, sampai semua barang nak disiasat, kadang aku fikir lain jugak, abah asyraaf ni nak cari salah atau salahkan pengurusan tahfiz ke nak tau aku kelim kat dia betul ke tidak. naik angin aku di buatnya, sampai bergaduh. 


Aku beli seluar putih pun nak di pertikaikannya, mahal la bagai, dia tak tahu aku nak cari seluar putih tu punya le payah, malah itu dah murah kalau dibandingkan di tempat lain dengan harga yang sama tetapi kualiti kain lebih rendah. 

Anak baru je masuk memang tak dapat sesuaikan diri, tapi belum pun diberi peluang belajar hidup di asrama Abah dia dah jengah petang Isninnya. Dah kesian pulak, dahhhh...... di bawak balik pulak. Aku memang tak puas hati, tapi diam je. Dah la buat keputusan tak de nak bincang-bincang. Ada masalah bising kat aku. Sampai nak suruh aku datang muar untuk selsaikan dengan sekolah walhal dia hidup sihat walafiat lom mati pun. Hadoi!!!!!
Hampir setiap hari call, mengadu ada masalah bagai. Masalahnya budak tu dah elok-elok redha nak duduk asrama, diambiknya. Bila dah di ajar ke sekolah berulang alik, lagi la budak tu lemak, dilayankannya. Nak tukar sekolah pun nak di layan, sampai tahap nak keluarkan anak dari tahfiz. Hadoi yai!!!! ini le lelaki tau buat anak, didil anak fail. Anak yang kene cakap parents, bukan parents nak ikut cakap anak yg umurnya 9 tahun.
Itu yang aku lagi berangin, masa aku uruskan anak kat putrajaya sorang2 je, anak memang mengadu macam2 tapi aku nasihatkan dia, bukan di layan apa yang dia nak, bila aku cakap dia kata aku ego. Abah dia ni memang tahap bodoh tak boleh di ajo betul. Sakit hati la, aku memang tak boleh cakap lama-lama dengan dia, dah la tanya ustazah soalan bodoh nak mati. Apa-apa je la.


SEBENARNYA DIA TAK TAHU, 
Aku ni nak kene siapkan keperluan dalam masa seminggu, bila berkunjung ke tahfiz pada 12.12.15 di maklumkan 19hb boleh masuk. Kelam kabut ke sana ke mari mencari keperluan asyraaf.

 SEBENARNYA DIA TAK TAHU,
Kerana bimbang ada yang terlepas pandang, aku buat cheklist untuk memastikan segala keperluan ada, malah kos aku tanggung sendiri, dalam keadaan ekonomi aku yang tak berapa stabil ni, aku berbelanja mengikut keutamaan  khususnya pakaian dan kain2 seperti cadar selimut, seluar dan sebagainya yang perlu dicuci segala keperluan semuanya sattle. Urusan dengan Sekolah Kebangsaan pun selesai. Mujur lah tak jadi daftar pada 19.12.15 kelmarin.

SEBENARNYA DIA TAK TAHU,
Kes pendaftaran 1 hal jugak, aku memang tak sempat untuk siapkan semua pada 18hb so aku siapkan kemas baju2 asyraaf, iron semua jubah berjumlah 7 dari 8 pasang, sampaikan aku tak tidur semalaman menyebabkan aku terpaksa bertolak pada jam 6 pagi 19hb tu dari putrajaya, solat di Nilai dan bila mata terasa amat megantuk dan bimbang akan keselamatan, aku berhenti di Seremban, aku call Ustaz Isa aka pengetua di Tahfiz tersebut. hajat di hati untuk mohon agar pendaftaran lewat sedikit. Sudahnya dia kata, bukan 19hb itu untuk budak lama. Aku nak hantar 20hb pun dia kata awal, aku kata minggu depannya pun dia kata awal sangat jugak. Aku kata awal tahun dia kata awal jugak, aku iye kan je la....  Adoi!!!!! sakit kepala mak ni tak tido pak cik oiii marah ke suka ke aku memang dah tak ada perasaan, aku terus tido dalam kereta. Sudahnya 7 jam perjalanan 5 perhentian sedangkan balik Tangkak hanya 2 jam tanpa henti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA