Khamis, 24 April 2014

Doa untuk dia

Bujang senang yang manja
Aku ada terbaca beberapa artikel berkaitan doa, khususnya untuk anak. Antaranya petikan artikel tu doakan dengan kuat dan sengaja biar dia dengar. Aku dah cuba praktikkan dan akan menjadikan amalan tapi bukan saje biarkan dia dengar malah dia bersama solat dan tadah tanggan.

Sebenarnya sejak dari dalam perut lagi aku amalkan doa2 yang sesuai untuk ibu mengandung dan doa untuk anak, walaupun masa tu aku tak lihat lagi rupa paras yang tampan lagi menawan  cahaya mata tunggal ni hehehehe.... In Shaa Allah..

Aku tak sangka tersentuh hati Asyraaf bila aku doakan dia, menitis air mata dia, merah hidungnya apabila aku mendoakan dia, khususnya lepas solat subuh supaya terang hati dia untuk menuntut ilmu. Ibu mana tak mau anak berjaya... dan aku pun nak dia doakan aku dimasa akan datang. Jadi doa aku merangkumi semua, untuk aku, untuk dia, untuk atok dia, untuk akak, saudara-mara dan "mereka yang beriman dengan Mu" tak ketinggalan, supaya dia tak mementingkan diri sendiri dan mengigati semua.

MasyakAllah lembut hati anak aku yang masih mentah itu, hati tersentuh hanya dengan doa, bukan di cubit atau dimarah. Sungguh!!!! aku sayang dia, perasaan sayang tu sentiasa ada, walau dia dalam keadaan nakal apalagi dalam keadaan yang menyenangkan. Sayang anak itu tak sama dengan insan lain, seolah kekal dalam hati mungkin sampai mati. 

wajah kesayangan hamba

Ibu mana tak sayang anak, ibu mana tak kenal anaknya. Aku tau dia mendengar kata asal kene dengan cara, degil budak itu perkara biasa. Bila telah menjadi ibu, barulah aku tahu bahawa marah mak kerana sayang bukan benci. dan marah timbul bila hilang rasa sabar, kerana itu sabar ada hadnya. 

Apa pun aku tetap katakan pada Asyraaf supaya dia faham tentang perbuatan aku. Bila aku marah dia memang sedih, tapi bila keadaan reda, aku kata pada dia marah sebab sayang. Sama ada mengaji @ cikgu marah, aku tetap cakap cikgu sayang sebab tu dia marah, sengaja ajar sentiasa positif.

Asyraaf yang semakin membesar, semakin banyak tanya dan banyak cakap. Aku ajar dia tentang perasaan sayang dan rindu selain apa yang patut dia belajar. Sentiasa ingatkan dia tentang tugas aku dan tanggungjawab, apa yang aku buat khususnya yang berlaku depan mata dia, dia tahu ibu dia bukan duduk rumah bersenang lenang, banyak urusan rumah tangga aku lakukan sesama cuti, sedikit sebanyak mengajar dia displin, barang mainan bersepah dia akan kemas lepas main, kalau tak memang aku membebel. Aku sentiasa praktikkan apa-apa maklumat yang aku dapat pada dia. Walaupun jauh dari ayah dia, aku nak pastikan dia cukup kasih sayang walaupun hidup tak cukup sempurna macam kanak2 lain.

tabung Asyraaf dari mula sekolah 5 tahun sampai sekarang.... dah beratus tapi tak di masuk2 ke dalam bank
Aku tetap usaha untuk hidup yang lebih selesa, cuma perlu masa kerana aku sendirian nak menampung pelbagai keperluan. Tapi Alhamdulillah Asyraaf yang sentiasa aku ingatkan dengan usaha dan menyimpan untuk dapatkan sesuatu tak banyak kerenah, dia seolah-olah faham dengan situasi aku. Kadang-kadang aku berjenaka dengan dia, belajar betul2, bila pandai senang dapat kerja, boleh beli kereta, rumah belikan sekali emas untuk ibu hehehehe......

1 ulasan:

  1. Anak saya lepas solat mesti berdoa....utk ibu, ayah, nenek, tokki, mak, abah semua la yang dia ingat. ...tapi bila kena marah sikit terus cakap tak nak doakan ibu sebab ibu selalu marah AIman...

    BalasPadam

SESEDAP RASA