Jumaat, 4 April 2014

Amalan @ bekalan!!!!!

Alhamdulillah, dapat jugak puasa sunat isnin khamis untuk minggu ni. In syaa Allah akan datang nak puasa lagi. Tiba2 je kan teringin nak puasa sunat dan teringat da lama nak puasa sunat. 

Biasa puasa sunat sebab nak ganti puasa, oleh kerana puasa ganti dah ganti bersama dengan puasa nam shawal lalu, kemahuan untuk berpuasa sunat agak kurang sikit. Tapi bila tiba2 teringat, teringin dan terlaksana syukur sangat, diberikan masa, runag dan peluang.


Maklum le kije mcm aku ni kadang tak dan nak puasa. Nak2 kije sekarang, asyik out station, tak larat kije luar berpanas bagai, tak puasa pun dah letih ini kan puasa, lemah longlai jadinya.  Nama pun puasa sunat, maknanya bukan paksaan, kalau sanggup buat. 

Bukan apa, amalan sebagai manusia ni belum cukup lagi, yang wajib tak mampu dan tak akan cukup untuk bekal di akhirat, cewah!!!! macam ustazah le pulak. Tapi itu le hakikatnya. Dah la aku ni serba serbi kekurangan, kurang pengetahuan malah tiada pun pembimbing. Buat le amalan yang aku tahu dan mampu. Tengah dalam pembelajaran untuk tahu solat2 sunat yang mudah untuk diamalkan. 

Aku ada beli Al-guran digital mahal tu, tapi entah bila ada masa nak baca Al-Quran tu. Bukan apa, hakikatnya aku tak sempat nak rehat pun kalau kat rumah, balik kije sebok dengan masak, basuk baju, ajar anak belajar, iron baju, bila mata semak tengok rumah tu, kemas rumah, walaupun rumah aku sedia kemas, si bujang senang aku le selalu beg sekolah letak sesuka hati, stokin kat mane2, bila aku dah menjerit membebel kang, terkujat2 dia, dah le ibu dia ni tekak serupa petir... itu pun tak faham, faham.

Tapi Walaupun dalam keadaan kelam kabut urusan kerja dan keluarga kadang tu sempat jugak baca yasin, sebab tunggu waktu solat, sementara menunggu baca le yasin dan masa ni le aku rehat sekejap. Aku memang target Isnin, Khamis, Jumaat dalam seminggu kalau dapat cukup 3 kali seminggu tu memang terbaik, kalau tak seminggu sekali pun OK jugak, setidak2nya dalam sebulan tu ada le aku yasinan sesorang, tapi Asyraaf jadi teman kalau aku baca yasin, maklum le bila dah malam je dia jadi penakut, ikut je ke mana aku pegi, tapi yang geli hati nak hilang kan takut dia ambil pen Al-Quran digital bukak le mane2 surah kuat2 hehehehe.... macam2 bujang senang aku yang senang sangat ni...

2 ulasan:

  1. Dulu saya selalu puasa, kalau rasa badan dah naik jer mula lah saya rajin berpuasa. Sekarang ni dah jarang saya puasa, setiap hari bawak bekal ke pejabat. Sampai jer pejabat terus makan bekalan....nak nak bila ada kawan ajak makan sama. Sapa lagi kalau bukan Fara PA Pengarah dengan Ain PAP. Dah bila diaorang ajak makan sama setiap hari, mana la saya nak puasa...Dulu lepas maghrib saya mesti mengaji Al-Quran, tak banyak sikit pun jadilah tapi sejak ajarkan Aiman mengaji, saya pulak dah tak mengaji. Ajar anak mengaji jer dah sampai pukul 8.30 mlm, nak suapkan anak-anak makan lagi. nak basuh baju lagi...Aiman tu kalau dah sehari tak mengaji, esok mula la dia liat nak mengaji. Jadinya sekarang saya ngaji malam Jumaat jer..tu pun baca Yassin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe la misah yang penting yassin pun ayat dalam AlQuran kira mengaji le jugak dari langsung tak mengaji.... Asyraaf bila selalu dengar saya mengaji dia boleh hafal pulak ayat awal Yassin... sebab tu saya nak anak duduk dengan saya, saya nak tengok mcm mane ibu dia bekerja tak sudah2 dari dia bangun tidur sampai le dia tidur... itu je alasan untuk dia rajin buat kije sekolah, sebab ibu dia buat kije tak sudah2, ada je kije... selain mengajar dia buat kije sekolah

      Padam

SESEDAP RASA