Rabu, 9 Oktober 2013

Penantian



Masalah dalam kehidupan ni macam2, salah 1 daripadanya kewangan " DUIT", kalau tak kije mane nak datangnya duit, maknanya ada la hubungan dengan kerja. Aku punya masalah la siapa lagi.... orang punya cerita orang punya pasal, yang penting aku tak kacau orang, aku yang selalu kene kacau adalah.


Aku di putrajaya ni dah hampir 5 bulan, bila berjauhan dengan anak, banyak kos yang aku tanggung,  kos jaga anak RM300.00, sewa rumah di kampung RM200.00, van sekolah &upah ngaji anak RM60.00, aku sewa bilik RM200 & lebih bergantung kepada bil, belum duit sekolah lagi, duit makan aku, duit jajan anak..... duit tambang pegi balik kg, pegi balik kije...  eemm.... ini lah tanggungjawab... 

 Alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal, tapi untuk menyimpan tu memang tak ada, duit cukup makan, berjimat cermat, ikat perut orang kata pun.... tapi sekarang duit yang aku tahan untuk tidak di keluarkan terpaksa dikeluarkan, kerana tugas yang tak menentu out station jer... nasib baik aku dipinjamkan di cawangan lain jadi tak kerap keluar dan boleh balik kampung. Tapi bila tak keluar tak de cleam pulak, it's OK lah ini memang kehendak aku, untuk kerja di pejabat je. Walaupun kerja pejabat bukan senang nak balik awal, kadang sibuk juga buat kerja, lambat jugak balik.... aku kerja di Sabah pun aku tak buat cleam, malas!!!!...

Dalam keadaan sekarang ni aku jadi risau duit simpanan dah habis, elaun tanggung kerja tak dapat lagi malah gaji di potong pulak. Alhamdulillah gaji terlebih bayar dah selesai potongan berakhir bulan 5 lepas, tapi yang jadi masalah ada potongan RM150 dengan kenyataan yang sama, langsung tak de makluman dan tidak dimaklumkan kepada aku, malah call JB pun yang bertanggungjawab tak tau... dan dia kata dia nak semak, dan aku masih tak hubungi semula, RM150!! sekarang dah 6 bulan potongan tu, RM900 duit aku diambil begitu saje... dan aku hanya berdiam diri. Baiknya jadi manusia......hahahaha.....

Bila aku menghadapi masalah kewangan, orang pertama yang aku cari adalah mak aku, tapi sekarang nak mintak tolong mak susah sikit, sejak aku berpindah rumah pendapatan aku terhad dan banyak kos yang terpaksa aku tanggung, jadi nak bagi mak tu kalau ada duit lebih. Bukan apa aku bimbang kalau2 aku tak de duit. Memang tak de orang lain selain mak, aku sangat2 malu untuk memimjam duit kawan, sekadar berkongsi cerita je.... untuk lebih daripada itu tidak....

Sekarang ni aku hanya menunggu elaun tanggung kerja je.... ada yang dah dapat, masalah aku kerana dari negeri bertukar ke HQ. Jadi prosesnya lambat sikit, agaknya la aku pun tak pernah tanya sebab musabab mengapa elaun mangku tak dapat lagi, malu nanti di kata "tak reti sabar", tapi kalau la dia orang faham dengan masalah aku, yang hidup sendiri, ada anak, ada tanggungjawab yang perlu aku galas.... Tapi siapa la yang faham.... bukan mereka yang melaluinya. Aku redha je la.... walau kadang2 sesak dada fikirkannya.... Siapa yang faham!!!!!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Sabarlah IDah...sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.. Insya Allah.

    BalasPadam

SESEDAP RASA