Khamis, 20 Disember 2012

Kenangan Di Rumah Sewaku

tempat tidur dan tempat menonton TV dan makan di meja makan tuuuuu!!!!

Aku tinggal di rumah ni sejak Februari tahun ni, emmm.... dan tak lama lagi akan mengosongkannya dan akan berpindah, masih tak tahu kemana.... berdebar-debar rasanya. Ini lah tempat aku menetap sepanjang tinggal di Kampung dan bekerja di tempat sendiri. 

Sewa RM300 sebulan, Semua barang dalam rumah ni tuan rumah yang punya, aku punya sekadar sofa coklat tu Almari baju, rak2 yang haprak haha dan perkakas dapur . 


Bilik ada katil tak bertilam, lebih kurang macam" tilamku emas, cadarnya intan, berbantal lengan tidurku" hahahaha lirik lagu Cindai... memang jadi tempat aku bersila untuk lipat baju jer .... selain tempat solat, pakai baju, dan tempat letak baju, soleh bebagai hehe... kira macam the store la.... stor teruk beno... bilik aku kemas lagi hahaa...

Dah banyak kali aku ubah ruang di kawasan rumah ni baik dapur, bilik dan ruang tamu, bila ada jerasa tak selesa, tak berkenan dan macam tak kene susun atur dalam rumah, memang le berlaku perubahan, Akhirnya jadi la mcm ni, kekal bertahan kerana nampak luas sikit.

Dalam bab2 uruskan rumah yang tidak bertangga ni, aku memang cerewet, kalau nak mengemas keseluruhan dimulakan dengan mengemas dulu, kemudian mengelap, lap le apa yg patut, atas TV tu berhabuk, meja dan sebagainya, baru le aku menyapu, lepas menyapu mengemop pulak, mengemop tak selalu dan mop pun kene ada pencucuinya kalau tak de jawab tak mop lantai le... hahahaha.. aku memang cerewet... Selain tugas biasa, memasak, membasuh, menyidai, mengangkat baju, melipat dan aktiviti yang terakhir selepas mengemas rumah adalah membuta hahahahahaa..... da penat dan mengantuk apa lagi tidur ler... eeemmmm berapa "M"? yang aku amalkan 10M tetapi jika tiada 1M iaitu Malas hahahahaa

Banyak kenangan dengan Asyraaf di rumah ni, yang paip patah (Asyraaf punya pasal, suruh basuh tanggan paip yg patah pelik aku di buatnya), yang rumah masuk ular (ulat lidi jer), kene kejutan elektrik (aku nak betulkan plag ye la bukan pakar), kemas umah sama-sama, cabut rumput (semak kawasan luar rumah) dan macam-macam lagi....

Sepanjang aku menetap dirumah ni aku menjaga rumah ini macam rumah aku sendiri, plag yang sorak dah di tukar baru semuanya. Kawasan luar yang semak aku cabut... heheheeee cabut pakai tangan jer, siap sediakan sarung tanggan supaya tangan tak kasar, tanggan ni nak pakai lama beb!!! hehe.. 

Cuma ada juga la masalah didalam rumah ni, zink bocor, hampir semua pintu, kalau bukak memang tak pelas tak sampai dinding dah tersekat, paling aku takut, rumah ni bukan je ada banyak cicak dengan taiknya, malah ada tikus dan taiknya!!!! masyakAllah aku memang khuatir sangat2,.

Walaupun cawan, nampak bersih aku tetap suruh Asyraaf basuh semula, bimbang sekarang ni macam2 penyakit khususnya dari kencing tikus... sebelum memulakan masak-memasak semua barang yang nak digunakan adalah wajib untuk di basuh!!!! 

Aku sayang keluarga aku yang kecil ni..... kalau anak sakit pun tempiasnya pada aku juga, ahli keluarga sakit ibu yg jadi juru rawat, anak nak mengaji, belajar dan buat kerja rumah, ibu jadi guru dan ustazah hehe ye ke?, untuk menyediakan makanan, ibu jadi chef, bersihkan rumah, ibu jadi made, nak beli itu dan ini ibu jadi banker, heheheheheeee orang perempuan ni macam2 boleh jadi....... boleh jadi gila kalau tak betul2 bersedia, khususnya untuk menghadapi apa2 jua dugaan yang mendatang, kerana selagi hayat dikandung badan, selagi itu macam2 cobaan yang akan menerjah untuk menduga ketahanan mental dan fizikal. 




tempat Asyraaf buat kije sekolah, ngaji, 

dari depan ke dapur arah kiri inilah dia, ruang dapur luas jugak...



ruang dapur untuk memasak........ bawang singki tu jangan pandang memang tak senonoh sikit....

ini yang penting didapur, kalau tak lengkap memang aku tak masak terutamanya di rumah orang lain, tak kuasa aku nak jerit2 tanya itu dan ini di mana.... macam ni kan senang, nak2 rempah penumis tak de tak jadi asam pedas..... kononnya!!!


hanya ini sahaja yang aku perlu, tak suka pinggan mangkuk banyak sangat tetapi tak digunakan, ini dah OK hanya ada untuk yang digunakan sahaja, ruang kemas pinggan pun tak le berhabuk, belapuk aruk... hehehehehee 



4 ulasan:

  1. Kemas jer rumah Idah...tak sekemas rumah saya...asal boleh je saya ni.

    BalasPadam
  2. baru lepas kemas, hehehehe....

    BalasPadam
  3. Yer la nak masuk dlm blog mesti la kena kemas, leh la masuk dalam deko idaman (Intai-Intai Deko)

    BalasPadam
  4. niat tu memang ada misah tapi di rumah sendiri, cuma tu la masuih tak dapat nak cantikkan rumah sendiri sebab tak duduk situ...

    BalasPadam

SESEDAP RASA