Khamis, 1 Januari 2015

Setahun Sudah Berlalu





Syukur Alhamdulillah Siapa tahu nasib  dan ketentuannya, seperti mana hidup aku!!!! Setahun yang lalu bersusah payah untuk menduduki kuarters  walaupun mudah untuk aku mendapatkannya dalam masa yang singkat 4 bulan, atau sebenarnya lebih awal dari itu, kerana BPH menunggu respon dari aku, selepas 4 bulan baru aku kemukakan dokumen yang dikehendaki.

Tapi menguruskan segalanya bukan semudah itu, dengan tak ada kenderaan, berurusan dengan BPH, SYABAS, TNB, GAS, pindah pulak  dari bilik Sewa di putrajaya ke kuarters, dari rumah Sewa di tangkak ke putrajaya, yang ditinggal perlu di kemas, nak masuk pun perlu dibersihkan dan kemas, dalam masa yang sama pindahkan sekolah Asyraaf tangkak ke putrajaya, semua tu bukan sekadar kos, masa dan tenaga, kudrat empat kerat ini yang betungkus lumus menyelesaikan segalanya sendirian, akak, Mak bantu seadanya tanpa paksaan, aku pun tau dia orang bukan senang dan tak nak menyusahkan....

Cuma!!!!!! Aku nampak jelas wajah tua si ibu yang risau bercampur gembira dengan keputusan aku, dia pernah bersuara untuk aku tinggal di Muar, tapi banyak luka dan duka disitu. Hanya aku yang rasa dan aku yang tanggung. Biar aku teruskan hidup baru, biar aku ditempat baru, suasana baru, kawan-kawan baru. Biar mereka tak tahu siapa aku, dan aku tak mahu tahu siapa dia orang memadai menjaga hubungan baik sesama manusia.

Aku kekal disini pun dengan Izin Allah, dan salah 1 petanda yang cukup jelas untuk semua orang tahu bila aku dapat kuarters, andai aku tak dapat kuarters, memang setahun lalu aku dah mintak tukar Muar, 

Akhirnya kini, segalanya telah berubah, dan sedikit demi sedikit akan sentiasa berubah, hanya mampu merancang untuk melengkapi apa yang kurang, in syaa Allah, apa yang terbaik buat aku sebagai hamba-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA