Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul SAW 1436H / 2015M



Alhamdulillah dapat hadir sambutan Maulidur Rasul SAW di Masjid Putra, Putrajaya hari ni. Kehadiran mewakili kementerian, so dapat la sponser sepasang baju kurung dan tudung, alhamdulillah rezeki.



Manusia memang la ramai, dimana2 je sama ada di negeri atau daerah. Buat aku yang first time ni agak janggal sikit, maklum le tempat baru. So ada la sedikit perbandingan, konsep sambutanya sama je, ada perarakan, ucapan pemimpin, ceramah, penyampaian hadiah atau anugerah, sama je dengan tempat lain.



 Tapi ada juga perbezaan yang agak ketara, penyertaan atau kehadiran disini 90% wakil dari kementerian atau anggota perkhidmatan awam, pakaian memang banyak seragam, maklum la ada pertandingan dan ada hadiah. Ceramahnya sekejap je. Yang lebih buat aku terkejut, bukan saje tak de makan dalam dulang, makanan untuk orang ramai memang tak de, hanya VIP sahaja. Orang ramai makan la roti dengan air kotak. Alhamdulillah, itu pun rezeki iugak, aku dan minum dulu sebelum ke masjid.


Berbeza di daerah sebelum ni, ramai orang datang bersama keluarga, nak dengar ceramah dan makan free, ceramah lebih panjang atau lama sikit, seronok. Yang paling best berebut2 nak makan dan cari tempat duduk untuk makan. Ternyata sangat meriah. Rata2 datang memang nak makan nasi minyak, siap bungkus bawak balik. Ada juga makanan ringan yang lain seperti ais cream dan lain2 la.
Kepala ni mula la berfikir2, dan terkejut ingatkan ada jamuan, nasib baik aku tak bawak container huhuhuhu.




Maka, kesimpulanya yang aku buat pada pandangan peribadi, orang awam tak akan datang barangkali kalau tak ada penyertaan kementerian. Yang datang jadi  peserta pulak sebab nak baju free, da dapat free complen pulak begitu begini. Lumrah la manusia kan.....


Mungkin kerana itu tak ada jamuan, sebab siapa yang nak buat semua, kalau di daerah mahupun negeri pemimpin masyarakat boleh bawak orang kampung bergotong-royong untuk memasak sukarela je, sebab mereka seronok kerana dapat menyumbang tenaga. So disitu banyak yang boleh dijimatkan. Faham la aku kenapa..... Apa pun aku tak kisah, lain padang lain belalang, di tempat orang so kene balajar dan faham keadaan semasa. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA