Khamis, 8 Januari 2015

Mengaji Tempat Baru

 


Syukur Alhamdulillah, memang syukur tak terhingga. Akhirnya aku dapat daftarkan Asyraaf mengaji di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, atau di putrajaya ni orang panggil masjid besi. Lega rasa hati, hilang segala kerisauan. Kalau tak hati sentiasa bimbang dan kecewa, tercari-cari di mana tempat dia nak mengaji. 

Sejak Asyraaf berpindah di Putrajaya tak ada tempat untuk dia konsisten mengaji, di sekolah ada juga, tapi tak sama, beramai2. Dengan keadaan aku yang masih tak tahu selok belok putrajaya, dengan motor yang selalu rosak, dengan kerja yang selalu out station, bukan setakat mengaji, pelajaran dia pun tak tentu hala.

Mudah-mudahan 2015 ni membuka lembaran baru buat aku dua beranak, alhamdulillah keadaan kerja pun OK, dapatlah aku menguruskan asyraaf dengan lebih teratur, cuma terkilan sebab nak hantar asyraas tuisyen tak jadi kerana bertindih masa dengan hari mengaji.

Makanya aku pilih untuk dia mengaji dulu, In Syaa Allah untuk ulangkaji dan mengajar dirumah biar aku yang jadi cikgu dia. Masa di tangkak dulu keadaan serba kekurangan aku mampu mengajar dia, sekarang ni hidup lebih selesa dan kerja pun tak berat dengan tanggungjawab, In Syaa Allah aku cuba untuk tahun ni sebagai kayu pengukur untuk menilai prestasi pelajaran dia, kalau kalau dia cemerlang tanpa tiusyen, maka tahun depan pun tak perlu, tapi kalau tak ada perubahan, tahun depan dia akan dituisyenkan.

Hati ibu ni selalu  bimbang dengan masa depan dia, bukan tak yakin dengan takdir yang ditentukan tapi tak tahu usia ni sempat tua atau tidak untuk melibat dia dimasa akan datang. Dia pulak anak lelaki, bakal jadi pemimpin, bukan la pemimpin negara, tetapi pemimpin keluarga, tapi kalau lebih dari itu pun bagus, aku tumpang bangga, sejuk perut ibu menggandung. Kerana itu perlu ada ilmu, terutamanya agama dan mengaji sangat penting. Agama yang menjadikan manusia itu berakhlak baik.

2 ulasan:

  1. Anak saya pun mengaji kat rumah jer IDah, saya ajar sendiri sebab sehingga ke hari ini tak dapat cari Ustaz untuk ajar dia mengaji. Petang lepas sekolah agama dia balik ke taska, tunggu saya jemput balik. Pergi jemput adik dia pulak. Sampai rumah dah nak senja, mana nak sempat hantar dia ke rumah orang untuk mengaji. Orang ajar mengaji pun dah takde kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya x yakin nak ajar sendiri misah, dulu mukadam sekarang ikraq, tu yg serah pada yang pakar...

      Padam

SESEDAP RASA