Isnin, 19 Januari 2015

Ketam Masak Kam Heong


BAHAN :

1.  2 ekor ketam
2.  1 sudu besar sos tiram
3.  1 /2 sudu kecil serbuk lada hitam 
4.  1  sudu serbuk kari 
5.  1sudu udang kering
6.  3 ulas bawang putih
7.  3 tangkai cili merah
8.  1 tangkai daun kari
9.  1 cawan air
10. 2 sudu besar minyak masak
11. Garam dan gula secukupnya





CARANYA :


Bahan 5-7 ditumbuk. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis, bila minyak cukup panas tumiskan bawang putih, bila naik bau masukkan cili, serbuk kari, udang kering, lada hitam, sos tiram dan daun kari kacau biar sebati, kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih, masukkan garam dan gula serta ketam tutup kuali dan kecilkan api. Paling-palingkan ketam biar masak sekata.

Apabila ketam kekuningan dan isi keputihan, maka siap untuk dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA