Rabu, 7 Januari 2015

Sayang Dia!!!!!!!!!!!

Terharu bila ada orang post artikal ni di FB, terutamanya yang no.4. Aku memang selalu atau mungkin kerap cium anak, dari kecik lagi masa baby sampai dah besar 8 tahun ni. Biar pun bau masam, bagi aku aura yang menenangkan, rasa teramat sangat sayang. Mungkin kerana aku suka pada budak. Alhamdulillah walaupun tak cukup ilmu pengetahuan, tapi dari pembacaan dan diadaptasi di rumah ia jadi satu kebiasaan. Malah tak sangka rupanya perbuatan yang hari kebiasaan, besar ganjaran dari Allah, 

 Aku memang suka dengan budak dari dulu lagi, munkun sebab anak bungsu dan adik beradik tak ramai, sebab itu aku merancang untuk memiliki anak lebih dari adik beradik aku, tapi itu la, apa yang dirancang tak akan berlaku tanpa izin-Nya. Makanya syukur dengan apa yang ada Alhamdulillah.


Menyangi anak memang perlu diluahkan, biar dia tahu. Berbeza masa aku kecik dulu, mak tak pernah cakap pun sayang, kerana itu anak-anak rasa tidak disayangi, dan dari situ la aku belajar. Memang betul la bila jadi ibu baru la rasa perasaan seorang ibu. Kerana itu didikan mak kepada aku, dan didikan aku kepada anak jauh berbeza. Apa yang aku lakukan ni supaya Asyraaf tahu yang ibu dia sentiasa sayangkan dia, tak pernah padam walau bagaimanapun keadaan tingkap lakunya. 

Dari pembacaan aku banyak belajar untuk mendidik anak, selain ungkapan seperti "sayang", pelukkan dan sentuhan pun sama penting, bukan hanya untuk pasangan sahaja!!!! tapi kepada anak pun boleh dilakukan, kerana ada nilai sentimental disitu, dan aku buat begitu supaya asyraaf tahu dan rasa dikasihi dan disayangi, biar dia jadi seorang yang penyayang bila dewasa, aku berharap begitu la hendaknya.



Tapi buat aku dan asyraaf kebiasaanya tak menggunakan perkataan CIUM tapi SAYANG, "sayang ibu" maknanya "cium IBU" le tu, tak kira masa. Memang dah jadi kebiasaan sampaikan sekarang ni Asyraaf pun dah pandai nak peluk cium ibu dia. Alhamdulillah.... 

Walaupun aku agak garang dengan dia, tak ubah macam singga betina, tapi aku tetap tunjukkan kasih sayang pada dia. Kadang kala bergurau dengan dia, supaya dia tak rasa terpinggir, sebab ibu dia tak ada pasangan, seperti keluarga yang lain. Apa yang penting segala keperluan sentiasa cukup. IBU yap hanya manusia biasa yang tak sempurna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA