Jumaat, 9 Januari 2015

Pencuci Kotoran Karat Yang Degil


Eemmmm..... Akhirnya dapat juga hilangkan kesan karat di tail dalam toilat selepas setahun tinggal di kuarters. Kawan da cakap pasal pencuci ni, tapi asyik..... asyik.... asyik....... Lupa je.

Masa balik kampung cuti sekolah hujung tahun baru la teringat. So beli la, sebotol RM 3, murah je rupanya tapi nak beli punya le bercinta, dah beli pun bercinta nak buat.



Masa beli tu dah pun di beri tahu perlu campur dengan air, so try la, sembur ke lantai dan biarkan semalaman, paginya tengok memang clear, wah!!!! seronok, berbunga hati aku, akhirnya hilang jugak kesan karat tu yang sebelum ni menyakitkan mata dan hati aku, puas menyental x mau hilang, ha!!!! la ni baru jumpa lawannya..

Puas hati aku, masih ada lagi pencuci tail tu, dan masih ada tempat yang ada kotoran degil rasanya, selain karat, ada jugak kesan minyak atau syelek dah pun dibelikan tinner, tapi ruang dan peluang untuk cuci lantai tu macam tak berkesempatan. In syaa Allah, akan ada masanya nanti yang penting barang yang nak diguna dah ada.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA