Selasa, 6 Januari 2015

Sambal Tumis Cara Ida




 Bahannya :

1. 1 Mangkuk Lada Kisar
2. 1 genggan ikan bilis @ ikut suka
3. 1 Biji Bawang Putih
4. 2 Biji Bawang Merah
5. 2 Senduk minyak masak
6. Garam Dan Gula 
7. 1 mangkuk kecil air asam jawa
8. 1 Biji Bawang besar di potong bulat 


CARANYA :
Tumbuk atau kisar bahan 2-4 hingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, tumiskan bahan yang telah dikisar, garam dan gula atau perasa, kacau sehingga naik bau, masukkan bawang besar yang telah dipotong, kemudian masukkan lada kisar dan kacau lagi. Bila lada pecah minyak masukkan air asam jawa dan kacau lagi dengan api sederhana supaya sambal cukup masak sambil dikacau sesekali. Bila lada sedikit gelap, dan pecah minyak, sambal sudah pun cukup masak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA