Khamis, 15 Januari 2015

Sawi Dengan Tauhu




BAHANNYA :

1. 5 tangkai pokok sawi (Diambil daunnya)
2. 2 keping tauhu (sekeping dipotong 4)
3. 3 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
4. 1 senduk besar sos tiram
5. 1/2 cawan air
6. Minyak secukupnya
7. Garam dan gula secukupnya


CARANYA :

Masukkan  minyak didalam kuali dengan api sederhana, apabila cukup panas tumiskan bawang putih, bila naik bau masukkan sos tiram, kemudian masukkan air, gula dan garam dan kacau. Masukkan pula tauhu, dan sawi paling- palingkan jangan terlalu lama, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA