Akhirnya hari ni Asyraaf mula mengaji di Masjid besi. Dia agak teruja jugak. Sempat dia solat Isyak berjemaah di Masjid sebelum balik. Balik je rumah suruh dia mandi, siap-siapkan makan 1 lauk je itu pun masak hari ahad, sayur memang tak sempat nak masak. Lepas makan tunggu waktu magrib, lepas solat terus ke Masjid untuk taklimat.
Agak terlewat sikit sebab taklimat dah separuh jalan rasanya, agak terpingga2 aku, nasib baik nama Asyraaf dah ada dalam senarai, jadi last taklimat dimaklumkan guru mana yang akan mengajar dia. Memang ramai jugak la, al maklum la termasuk ibu bapa bawak anak beranak. Syukur alhamdulillah hajat nak nyajikan Asyraaf disini tercapai walaupun lewat setahun.
Sekarang Asyraaf mengaji di 2 tempat KAFA Isnin hingga Jumaat dan Masjid besi Isnin, selasa dan Sabtu. Apa yang penting istiqamah, In syaa Allah semuanya terletak pada aku yang menguruskan dia dan selepas ni aktiviti semakin padat, termasuk la aku, kalau tak disusun
aktiviti memang tersasar dan penatnya berlebihan pada aku la jawabnya.
Memang nak balik kampung pun susah lepas ni.
Oleh kerana taklimat je, so aku pun balik, sempat ngeteh di ali maju, ingat nak balik rumah terus tidur. MasyakAllah ada je kerja, sempat sampul buku sekolah KAFA asyraaf, sampai tertudur tunggu ibu dia. Kesian!!!!! Tapi ibu lagi penat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan