Sabtu, 31 Januari 2015

Seasoning Rack


Idaman hati dah ada depan mata, alhamdulillah dapat jugak, beli di homepro di IOI city mall. Ada 2 pilihan yang ini besi 1 lagi plastik untuk 8 botol, tapi harga RM 30++, so pilih yang ini RM 22 je.


Ini pun dapat idea dari join group Deco Rumah Ku Syurga Ku,  masing2 suka share idea dia og dalam group ni. Aku pun tak terkecuali, post la kat wall DRKSK. Mak aiii, sekali pos dalam group tu, ramainya yang comments, yang like pun not bad melebili 500. Walaupun bukan itu yang aku harapkan sekadar berkongsi dengan friends di group tersebut, ini merupakan my post yang paling ramai like, ada jugak beberapa pic yang aku post sebelum ni.





Senang untuk share kat group ni sebab punya minat yang sama. Memang seronok melayan persoalan dia orang, tak menang tangan nak menjawab, bertubi2 soalan, soalan yang sama pun tak kurang, walaupun saling tak mengenali, rata2 perempuan la, kalau ada lelaki pun bukan aku perasan.

Tapi yang peliknya mata dia orang ni bukan sahaja lihat post yang aku highlight, ada juga soalan yang tak dijangka, ada juga Nak tengok pic dapur aku secara keseluruhan. Tak pasal2 aku Nak mengambil pic dapur. Tak pe la selagi boleh di layan, layankan je. Hehehehe.

Tisu aku yang hijau pun di tanya, botol garam pun dia orang tanya beli kat mana, Siap Nak tengok dari dekat. Geli hati betul kerenak dia orang ni, kat wall dah tertera di mana aku beli, tapi ramai juga yang tanya beli dimana, jawab!!!!! Jangan tak jawab.... Walaupun soalan berulang....


Agak menyedihkan apa yang aku post tu di delete oleh admin, tak sampai sehari pun post. Walhal aku tak langgar syarat yang ditetapkan, Malah aku melayan je setiap personalan dari groups tu, memang terkilan la. Rupanya, selang beberapa hari, gedung DRKSK jual rack ni pulak!!!!!! Patut la dia delete my post. Mahal pulak tu harganya RM 40 1 pcs.

Lastly aku post kat wall sendiri, rupa2nya ada pemerhati jugak, yang menunggu post rumah aku, sebenarnya aku sendiri pun segan Nak post Rumah sendiri, Rumah aku sangat la simple, perabut yang ada wujud sebelum wujudnya asyraaf. La ni baru merancang, mudah2an tercapai impian aku.

Jumaat, 30 Januari 2015

Berbolak Balik, Mau Balik....



Emmmm...... hari ni jumaat, esok cuti sambung Isnin dan selasa kerana cuti Wilayah dan Thaipusam so 4 hari cuti. Hati ni rasa nak balik kampung, tapi rasa malas, dah la minggu lepas nak balik tapi cancel last minit. banyak kerja rumah kalau balik sabtu balik rumah ahad, jawabnya mati aku rushing nak basuh baju, iron baju, kemas rumah....eeeeee.......... banyaknya kije.

Ini ada 4 hari, rasanya boleh nak balik, tapi Tahun Baru Cina nak balik lagi, rasanya kalau esok aku balik, Tahun baru cina tak ya la balik. Sekarang nak balik pun dah susah, asyraaf mengaji sabtu, isnin selasa. Memang tak la kalau nak cutikan dia mengaji.

So kalau Nak balik kampung memang kene  cari cuti yang bersambung. Itu pun kerja rumah, terutamahya bau sekolah Asyraaf Siap basuh lebih baik Siap iron semua, baru rasa tenang dan selesa Nak balik kampung. 

Kalau tak ikut perancangan, yang penatnya aku, so kalau rasa Rumah tu banyak benda tak settle, duk je rumah, Rumah Ku syurga Ku hehehehehe.

Khamis, 29 Januari 2015

Selasa, 27 Januari 2015

Ikan Masak Kari



BAHAN :

1.  4 ekor ikan kembong 
2.  1 bungkus serbuk kari
3.  1 kotak santal segera 
4.  1/2 inci  halia
5.  2 ulas bawang putih
6.  2 biji bawang merah
7.  1 tangkai lada merah
8.  1 tangkai daun kari
9.  9 tangkai bendi (jika mahu)
10. 1/4 cawan air asam jawa
11. 600 ml air
12. 3 sudu minyak untuk menumis
13. Garam dan gula secukupnya






CARANYA :


Bahan 4-6 ditumbuk/kisar, kemudian panaskan kuali, bila minyak cukup panas tumiskan bahan yang dikisar masukkan pulak lada merah, serbuk dan daun kari dan kacau, masukkan santan. Kecilkan api dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah, masukkan bendi dan biarkan kuah hingga mendidih sambil dikacau sesekali, selepas mendidih masukkan ikan pula sambil kuah dikacau sesekali. Bila ikan cukup masak, kari ikan siap untuk dihidang.




Isnin, 26 Januari 2015

Bermula Disini


Akhirnya hari ni Asyraaf mula mengaji di Masjid besi. Dia agak teruja jugak. Sempat dia solat Isyak berjemaah di Masjid sebelum balik. Balik je rumah suruh dia mandi, siap-siapkan makan 1 lauk je itu pun masak hari ahad, sayur memang tak sempat nak masak. Lepas makan tunggu waktu magrib, lepas solat terus ke Masjid untuk taklimat.


Agak terlewat sikit sebab taklimat dah separuh jalan rasanya, agak terpingga2 aku, nasib baik nama Asyraaf dah ada dalam senarai, jadi last taklimat dimaklumkan guru mana yang akan mengajar dia. Memang ramai jugak la, al maklum la termasuk ibu bapa bawak anak beranak. Syukur alhamdulillah hajat nak nyajikan Asyraaf disini tercapai walaupun lewat setahun. 


Sekarang Asyraaf mengaji di 2 tempat KAFA Isnin hingga Jumaat dan Masjid besi Isnin, selasa dan Sabtu. Apa yang penting istiqamah, In syaa Allah semuanya terletak pada aku yang menguruskan dia dan selepas ni aktiviti semakin padat,  termasuk la aku, kalau tak disusun aktiviti memang tersasar dan penatnya berlebihan  pada aku la jawabnya. Memang nak balik kampung pun susah lepas ni.




 Oleh kerana taklimat je, so aku pun balik, sempat ngeteh di ali maju, ingat nak balik rumah terus tidur. MasyakAllah ada je kerja, sempat sampul buku sekolah KAFA asyraaf, sampai tertudur tunggu ibu dia. Kesian!!!!! Tapi ibu lagi penat....





Ahad, 25 Januari 2015

Ubah Rancangan...........



Aku cadang nak balik kampung hari sabtu, tapi pagi sabtu tu rasa macam banyak pulak kerja rumah yang tak sattle, bila balik ke putrajaya hari ahad nanti mesti penat!!!! So aku batal balik kampung. 

Tub2 rancangan mengejut ke IOI CITY MALL, memujuk Asyraaf yang dah beriya2 nak balik kampung, macam mana nak balik rancang nak iron baju sehelai pun x iron, barang nak bawak balik kampung pun tak ready, kerja rumah pun berlambak. So fikir punya fikir, tak payah la aku jugak yang penat nanti.


Lepas mandi siap2 semua sarap di Ali Maju, lepas makan terus ke IOI City Mall, haaaa.... kali ni memang puas merayap, lepas ke Home Pro, aku ke Daiso, lepas tu ke kedai perabut pulak.... senang betul kalau 1 tempat ada macam2 benda. Tak sudah kat situ, sambung lagi ke WARTA Bangi yang mana ini le sebenarnya rancangan keluar sebab nak beli uniform persatuan KRS untuk Asyraaf...

Mak!!!! Aiiiii!!!!!! mahal jugak uniform persatuan sekolah budak mek!!!!! hampir RM200.... bukan sepasang pulak tu, baju lain harga seluar lain harga, t-shirt lain harga, eksesori pun tak termasuk. Fuh!!!!! nasib baik cukup duit kan!!!!



 Dah ada di warta ni apa lagi, singgah le Mr. D.I.Y. rasa macam dah lama tak pergi... wallpaper pun dah tak berapa nak ada. Tapi aku dapat beli apa yang aku idamkan, washing machine rack and shelf, tanggan pun aku beli kih...kih...kih.... apa yang nak dipanjatkan sangat kan!!!! ada la!!!!

Shopping sakan!!!!!

Asyraaf pun seronok aje dah dapat apa yang dia nak, happy la sangat, semangat nak tunggu hari rabu., nak pakai baju hijau taik lembu....

Oleh kerana balik pun dah petang, makan la dulu sebelum balik, Sup Ekor!!! memang best!! murah jer makan berdua tak sampai RM20. Tapi yang aku geram, order air sirap limau, dapat risap limau ais, pastu bising kat dapur, "tadi order sirap limau ais" wak lu!!!!!!!! aku memang tak minum ais.... cuma aku order tak cakap suam @ ais, sepak baru tau, nasib baik angin baik, kalau datang angin gila kang aje aku tinggalkan aje makanan yang di order.... Aku ni nampak je macam ni. Sampai angin putign beliung kang ha!!!!! tempat aman pun boleh ada ribut.....



























Selasa, 20 Januari 2015

Sup Bebola Ikan





BAHANNYA : 

1. 1 Bungkus bebola ikan
2. 1 bungkus kuib pati ayam know
3. 1 biji bawang merah (dipotong bulat)
4. 2 bii bawang putih (dikisar)
5. 2 inci halia ( dikisar) 
6. 1/2 batang lobak merah
7. 1 tangkai daun saleri 
8. 1 biji lada merah (dihiris)
9. 1 bungkus  Soon
10. Air secukupnya


CARANYA : 

Jerangkan air didalam periuk, masukkan bahan yang dikisar, selepas mendidih, masukkan kesemua bahan yang tinggal, sederhanakan api dan apabila mendidih, sup siap untuk dihidang.


P/S : Tak perlu tambah perasa kerana kiub pati ayam sudah cukup memberi rasa.

Isnin, 19 Januari 2015

Ketam Masak Kam Heong


BAHAN :

1.  2 ekor ketam
2.  1 sudu besar sos tiram
3.  1 /2 sudu kecil serbuk lada hitam 
4.  1  sudu serbuk kari 
5.  1sudu udang kering
6.  3 ulas bawang putih
7.  3 tangkai cili merah
8.  1 tangkai daun kari
9.  1 cawan air
10. 2 sudu besar minyak masak
11. Garam dan gula secukupnya





CARANYA :


Bahan 5-7 ditumbuk. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis, bila minyak cukup panas tumiskan bawang putih, bila naik bau masukkan cili, serbuk kari, udang kering, lada hitam, sos tiram dan daun kari kacau biar sebati, kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih, masukkan garam dan gula serta ketam tutup kuali dan kecilkan api. Paling-palingkan ketam biar masak sekata.

Apabila ketam kekuningan dan isi keputihan, maka siap untuk dihidang.


Ahad, 18 Januari 2015

Philips Induction Cooker


Terpaksa rela, ini la akibatnya berlaku sesuatu yang tak dijangka. Kalau tak beli dapur ni dapat beli hand beg dengan kasut huk...huk... sedih!!!!! apa kan daya makan lebih penting dari eksesosi. Tapi makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, kenapa???? 

Dah sebulan lebih GAS Malaysia mengalami masalah aka dapur masak aku tak boleh digunakan kerana guna dapur NGV. Siapa sangka benda ni boleh berlaku, berlaku pulak makan masa yang lama, kalau api atau air tak de sekejap je, tapi GAS ni lama pulak, memang tak sangka. 

Kurang berpengalaman menggunakan dapur elektrik ni, on suiz tiba2 keluar api marak, menyambar bekas disebelah, terbakar!!!!!!!dapur-dapur sekali terbakar,  Allah huakbar, barang baru beli, mahal pulak tu tiba-tiba aku terjaga!!!! Ya Allah!!! mimpi rupanya..... Nasib baik mimpi, ini lah bila terlalu memikirkan sesuatu sampai termimpi-mimpi.



Mula-mula nak beli ALBA tapi sales gril cakap ini lagi bagus, ada 2 tahun, dah jenama PHILIPS ni baru sampai stock, memang banyak. Bestnya free gift  stainless pot. Dah bayar, tengok harga sebelum offer, mak ai!!!!! RM 2++. Kalau tak de masalah memang tak akan aku mimpi untuk beli daput ni, bila masalah timbul baru la cari altenatif lain.

Makanya kene le merancang penggunaannya, elekterik kan!!!.... Masih dalam sesi pembelajaran, oleh kerana tak ada tungku, maka, perlu berhati-hati, kalau tersangkut kat lengan baju pun, mudah jatuh, nak mengacau pun perlu di pegang tangkai periuk, betapa pentingnya keselamatan dalam penggunaan dapur ni. 

Kawan aku pelik, kata GAS tak boleh guna tapi post kat FB, asyik...asyik... asyik... masakan sahaja.... tak tahu yang aku memasak dalam rice cooker. Hebat tak hebat la... tak sanggup aku nak makan luar selalu, makan luar seminggu boleh cover belanja dapur sebulan. Tak jimat namanya tu. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih, memasak dirumah 1000 X lebih baik makan di luar, aku boleh jamin bersih sebab aku ni cerewet, masak apa yang kita nak makan, yang lebih penting masak dengan kasih sayang untuk orang yang disayangi. Rugi bagi perempuan yang tak mahu memasak kerana ganjarannya besar. So pilih la Philips Induction Cooker, ceh!!!!! tiba-tiba.

Sabtu, 17 Januari 2015

wallet Vincci


Baru dapat tukar wallet, biasa la jenama pilihan tak lain tak bukan hanya Vincci. Alhamdulillah, Nak beli wallet pun nak tunggu dapat bonus. Sebab cuti yang ada Nak simpan, perancangan yang lebih besar perlu diutamakan. Itu le kelebihannya bonus, syukur alhamdulillah daripada tak de.

Pilihan warna tetap hitam, warna selamat selain nampak eksklusif dan mewah... Gitu!!!!!! Harga RM 99.00, sebenarnya memang mahal bagi aku, tapi memandangkan beberapa tahun sekali beli tak pe la.



Sebenarnya wallet ni 2 in 1, boleh di jadikan hand bag, sebab bertali, tali pun boleh di buka. Selain itu, ada 2 pic untuk letak kad dan buku chek, boleh digunakan salah 1 @ keduanya sekali, dan ada 2 warna...,emmmm itu yg tertarik, walhal dan pilih yang lain. Tapi banyaknya 2..... Kebetulan sama dengan favourite number aku 2....



Selain itu, dalam aku memilih wallet mesti banyak tepat letak kad, jadi semuanya cantik dan terletak, so cantik mana pun wallet, atau murah mana pun harganya, kalau mahal pun x akan beli.... So.koceknya kene  banyak, baru jadi pilihan.


Wallet lama dan terkoyak2, walaupun masih boleh digunakan tapi segannya dah rosak. Bertahun jugak guna wallet lama, beli di LINO, murah je, tak sampai pun rm 50, masa tu. Nak beli mahal2 memang tak mampu, banyak tanggungan, so bila dah rosak, agak menghitung hari jugak untuk beli baru. Hari ni la dapat ke vincci aka alamanda.

Jumaat, 16 Januari 2015

Sambal Tumbuk Mangga






BAHANNYA :

1. 1/2 Biji buah mangga
2. 7 Tangkai lada cili
3. 1 Biji Bawang Putih
4. 2 Biji Bawang Merah
5. 7 Ekor ikan bilis sederhana besar
 6. Garam dan gula secukupnya


CARANYA :

Goreng bahan 2-5 balik-balikkan seketika biar masaknya sekata kemudian tumbuk bahan yang digoreng, tak perlu terlalu lumat memadai bahan tidak kasar, kemudian masukkan potonggan mangga juga tidakperlu terlalu lumat, sudah siap untuk dihidang.



SESEDAP RASA