Khamis, 31 Disember 2015

Tak Stabil

Emm... sejak balik dari Langkawi keadaan aku masih tak stabil lagi. Kepala Pening, kadang kala pandangan mata kabur mata pening ke apa ntah. Badan pulak bisa-bisa, cadang nak siapkan pakaian asyraaf yang tak siap masih dalam keadaan sama.

Semalam je baru berkesempatan aku keluarkan semua seluar yang nak direpair, tak tau la sempat ke tidak. Hari jumaat  @ esok nak balik kampung terus lepas balik kerja. Tapi tu la, apa yang patut di buat masih tak terbuat, layankan badan yang tak sedap je ni.

Isnin, 28 Disember 2015

Ke Langkawi



Siapa sangka buah cempedak jadi nagka, siapa sangka rezeki kita dapat berjalan percuma macam aku ni. Ha!!!!! tu la da la pecuma berjalan dengan tim. Menteri ko hado...... hahahahahahaha.... statement berlagak sikit... dari 25-27hb dengan bangganya aku ke langkawi.


Rabu, 23 Disember 2015

Ambi Pur Toilet Fresh


Eemmmm.... Memang terasa kesegarannya bila masuk toilet, tak sangkat 1 masa dulu terfikir tetang pewangi tandas akhirnya keluar produk ini.

Ini memang khas untuk tandas, produk baru harganya  rm 6.90, akan datang pasti lebih mahal, itu pasti.

Isnin, 21 Disember 2015

Kereta Kuda



Tak ramai yang tahu rupanya, ada kereta kuda yang merupakan daya penarik di putrajaya, bertempat  bulatan berhampiran masjid putra putrajaya. Bayarannya agak berpatutan RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak.

Ahad, 20 Disember 2015

Oh!!!! Sekolah Oh!!! Asyraaf

Niat tukarkan sekolah asyraaf dah pun difikirkan beberapa bulan yang lalu, tetapi keputusannya selepas Asyraaf bersunat. Niat nak melawat sekolah pada 26.11.2015  yang lalu tertangguh sebab tolong mak cucuk sotong untuk kenduri rumah mok de.

Sudahnya 12.12.2015 aku ke sekolah, tub2 katanya 19.12.2015 boleh datang, pelajar masuk sekolah. Huh!!!!! cadang untuk tinggalkan Asyraaf kat rumah atuk tak menjadi, terpaksa ikut balik untuk beli keperluan sekolah dan pakaiannya.

Selasa, 15 Disember 2015

Makan Duit

Emm.... kadang kala apabila seseorang itu suka bercakap atau terlalu peramah boleh menyebabkan pekong di dada terbuka dengan sendirinya, tanggungjawab sentiasa berbeza bagi penilaian setiap orang tetapi apa pun keadaan, betul kekal betul dan tak betul tetap salah. Tak sepatutnya samakan diri sendiri dengan orang lain, apalagi jika merasakan diri sendiri terlalu hebat hingga pertikaikan kemampuan orang lain.

Rabu, 9 Disember 2015

Gulai Kawah



Inilah gulai kawah namanya, di Makan dengan samba belacan dan ikan kering, untuk lauk yang lain seperti sayur boleh ditambah dengan pilihan sayuran dan lauk Paul yang lain.

Lokasi seperti biasa di pasar malam putrajaya. Alhamdulillah sedap, al kisahnya, sebelum ni memang tak minat dan tak hair an. Tapi 1 day teringin, emmmm.... Sejak dari itu seperti jatuh hati rasa pertama gitu... 

Selasa, 8 Disember 2015

Al-Quran Dan Terjemahan



Tadaaaa..... Hajat nak beli al-quran mini dapat jugak. Tak pasti bilangan keberapa tetapi kali ni beli dengan terjemhannya sekali. Al-quran mini ni memang kecil sebesar telapak tangan. 

Ahad, 6 Disember 2015

Asyraaf Dah Sunat



Alhamdulillah akhirnya saat yang dinantikan oleh Asyraaf  lebih kurang selama sebulan, malah dah lama asyraaf nak sunat, nah!!!! telah pun tiba dan selamat dengan perjalanan yang lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.

Sabtu, 5 Disember 2015

Khamis, 3 Disember 2015

Dingin - Ziana Zain


Kata pepatah "Tak Kenal Maka Tak Cinta" tetapi, kenal belum pasti akan cinta, atau mungkin cinta boleh pergi bila-bila masa. Eeemm.... hidup aku ni, lebih bebas andai orang tak mengenali berbanding jika mengenali ada saje sakat dan dengki dari manusia yang bergelar lelaki. 

Walaupun 1 gurauan bagi mereka dan tersenyum yang aku mampu, tapi dalam hati belum tentu setuju dengan keadaan itu. Kadang kala hati ni terkucil juga rasa dipersenda, lagi sakit rasa terhina. Aku bukan "kain buruk" bila ada kekotoran "kain buruk" digunakan, selepas bersih "kain buruk" itu dibuang, tiada nilai dan tiada harga. 

Ahad, 29 November 2015

Kasut Wedges Vincci


Membeli lagi kasut. Kenapa beli??? sebab masa ni harganya tengah offer, so beli la kalau tak RM100++ haaaa.... memang la tak beli. Bukan senang sebenarnya nak tunggu offer, atau aku yang tak berapa nak ke Alamanda. Kerana bila ke alamanda memang tak lepas peluang untuk cuci mata, bukan nak beli pun dapat tengok dapat pegang2 jadi la, ada duit in shaa Allah beli, tak de duk diam2.

Khamis, 26 November 2015

Buat kerja orang




Eeemmm..... aku ni minggu ni kerjanya buat kerja orang. Huh!!!! lebih menyakitkan hati, buat kerja si tua tak sedo diri yang duk menghina aku. Saakittttt haattiii!!!!! Bengang betul la. Dah la aku buat kerja orang buat sorang2,waktu rehat aku tak rehat, hari jumaat yang rehat panjang pun aku tak rehat sarap x sempat lunch x sempat. Hadoi!!!! Orang tu sebelum jam 1 da hilang jam 2 tak de lagi kat office. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak buat.

Ini Yang Ku Mahu - Ernie Zakri





Ini Yang Ku Mahu

Selasa, 24 November 2015

Gaduh pulak!!!!!

Eeeeeemmm.... aku sebenarnya memang sangat menjaga hubungan dengan semua rakan sekerja di pejabat. Tapi orang kata bende nak jadi. Atau aku mungkin bersifat tak profesional. Nak buat macam mana, aku memang tak suka hipokrit aku terpaksa berterus terang.

Tugas asean sepatutnya sehingga hari ahad, tapi aku excuse anak x de orang jaga, da memang betul pun aku pun malas nak beriya, lagi pun bukan buat apa, tak de kije, bak kata bos, "penat hari ni kije makan" memang x boleh tahan statement.

Jumaat, 20 November 2015

penilaian yang bernilai

Semasa aku bertugas di KLCC sempena ASEAN summit 2015, banyak masa lapang, memandangkan kerja pun tak ada aku pun tengok la email, Jeng...Jeng...Jeng... Aku tak isi pun LNPT so ambil la kesempatan untuk selesaikan masalah malas nak isi tu, alhamdulillah siap.

Sempat jugak la tengok SKT 2014, masyakAllah terharunya aku, boleh dikatakan penilaian itu memang tinggi. Tak sangka, Bos bagi markah tinggi, sebab aku ada melawan dia, he he he Kawan aku bukan bergaduh atau tinggi suara, tapi aku x buat kije yang dia sudah, n aku kalau marah aku diam. Kikiki.....

Isnin, 16 November 2015

Bertugas


Welcome!!!!! hehehhee


kali ni tengok gambar je.... tak boleh sebut sembarangan nanti orang searceh internet tak pasal2 blog aku yang keluar. Apapun ini lah kenangan dan pengalaman sepanjang bertugas di sini. Nama pun luar negerikan so persiapannya memang tahap international, pemimpin luar negara kan.

Ahad, 15 November 2015

Gelisah!!!!



Semenjak dua menjak ni aku risau semacam je. Tak pasti kenapa dan apa sebabnya. Kerana berjanji tak ditepati ke? kerana risaukan duty ASEAN ke? kerana melukakan hati orang ke? atau kerana mak aku? atau kerana offer yang ditunggu2? bimbang kerana tak ada duit? atau apa yang aku rancang tak terlaksana seperti yang dikehendaki? atau kecewa dengan sikap dan janji manusia????

Jumaat, 13 November 2015

3 layered cottage cheese cake







Bahan-bahan :

1. 100 gm whipping cream
2. 100 gm cream cheese
3. 1/2 cawan gula
4. 5 sudu kecil serbuk gelatin
5. 1 sudu kecil perasa vanila
6. 2 sudu kecil serbuk koko
7. 1/2 sudu kecil pewarna merah
8. 2 sudu kecil jem strawberry ( lebih lagi sedap)
9. 1 mangkuk air panas ( untuk cairkan serbuk gelatin)
10. Loyang bulat atau bekas yang bersesuainya
6. Aluminium foil


Rabu, 11 November 2015

Selasa, 10 November 2015

Faham



Kadang-kadang aku terfikir, bila cerita pasal kawin. Perkara utama adalah memahami dan menerima. Boleh ke orang faham dengan aku yang pada dasarnya tenang dan lembut, sedangkan hakikatnya hantu pun kalah dengan aku hahahahaa.

Ahad, 8 November 2015

Bekas Kapas Muka



Akhirnya dapat jugak aku memiliki bekas kapas muka yang telah lama aku idam-idamkan. Memandangkan kapas muka tu berbentuk bulat, maka terbekenan pulak dengan bekas ni bila window shopping di Index Livingmall di IOI City Mall Putrajaya. Tengok kan nampak sesuai dengan bekasnya...eemmm... seronok.....

Jumaat, 6 November 2015

Kapas Muka Watsons



Sekarang aku selesa menggunakan kapas muka dari brand Watsons untuk toner atau menanggalkan make up untuk membersihkan wajah dari bahan kimia dan kotoran. Bertahun jugak menggunakan kapas muka ni, dan dah selesa da serasi.

Beberapa tahun sebelum ni guna kapas muka yang 4 segi tu, tak kira le apa brand, ada yang OK ada yang KO. Tapi lepas menggunakan kapas muka ni agak berkualiti sikit dan sebenarnya bentuknya yang bulat pun ada sebabnya. Kapas muka ni digunakan bila nak membersihkan wajah. 

Penggunaan kapas wajah semasa dirumah memang tak jadi masalah. Tapi bila travel atau out station, jadi masalah bercampur dengan barang2kecantikan dan kesihanatan yang lain, ini akan merosakkan kepas itu sendiri.



Sehingga kan dapat 1 idea  pencuci kuku seperti tisu basah yang dibeli tetapi tak digunakan. Memandangkan bekasnya berbentuk bulat, aku jadikan jadikan bekas untuk letakkapas muka, eemm memang sangat sesuai ini yang dikatakan DIY hehehehe.... nak tau apa DIY dengar radia IM4U FM hehehehe...

Itulah salah 1 penyebab, aku terus menggunakan kapas muka dari Watsons. sekian... hehehehe

Rabu, 4 November 2015

Air Jamu Kunyit Asam





Bahannya:

1. 500 gram kunyit yang sudah cukup tua
2· 500 gram asam jawa
3· 250 gram gula merah/madu 1 1/2 cawan
4· 2 liter air
5· 1/8 sudu teh garam dapur


Selasa, 3 November 2015

Ahad, 1 November 2015

Asam Pedas Ekor Lembu





Bahannya :

1. Minyak Masak Secukupnya
2. rempah penumis

3. 2 ulas bawang putih  
4. 3 Biji bawang merah
5. 1 1/2 inci halia 
6. 2 senduk lada kisar
7. 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
8. 1 mangkuk air 
9. 3 batang serai diketuk 
10. Garam dan gula secukupnya
11. 500 g ekor lembu (siap direbus)
12. 10 tangkai bendi @ ikut suka nak letak atau tak



Khamis, 29 Oktober 2015

Tak Lena... Lena

Inilah lokasi@ temp at solat aku anak beranak, alhamdulillah sederhana tapi selesa


Ini le tempat solat dan beribadah masa di rumah. 2 ke 3 hari ni, asyik tidur di tempat solat je. Sementara tunggu Isyak konon2 nak baca yassin sudahnya, yasinan dalam mimpi. Kesian jugak asyraaf, sama-sama berjemaah tidur tergolek2. Tidur atas sejadah pulak tu dengan telekung bagai, eemm... aku rasa macam tak berapa nak terurus beberapa hari ni, nak kemas malas 200%, nak jugak tunggu hari cuti.
 

Isnin, 26 Oktober 2015

Ahad, 25 Oktober 2015

Bantal Dreamy Night




Dah lama sebenarnya beli bantal ni, sempena menyambut tetamu yang naik pangkat. Tapi post lambat sikit aka terlupa. Teruja tetamu nak datang, sampai ambik cuti pergi ber shopping kononnya.

Bantal ni biasa je, murah pun murah, orang kata "membeli ikut kemampuan"  yang penting ada bantal untuk tetamu tidur. Maklum le koleksi bantal di rumah tak banyak, dan tetamu jarang2 ada.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Akemi Pillow


Beli lagi bantal 2 biji, kali ni pilih AKEMI di billion bangi, selepas servay di AEON big, banyan 1/2 harga. Berbanding harga sebenar mungkin x akan beli. 

Kalau beli pun mungkin untuk master bed room aka bilik sendiri @ untuk kawin kalau aku tak kawin pun aku akan beli bantal, tilam n katil yang mahal sikit, untuk keselesaan, gituwww...

Jumaat, 23 Oktober 2015

Mendapat dia


Kesian dia, tak sangka meninggalkan kesan begini rupa. Akibat tak dengar kata IBU, ini ubatnya. Bila cakap bekali tak jalan, bila buat yang dilarang, bila hati aku jadi panas ini jadinya.

Dulu masa kecik2 aku jaga kulit dia, walaupun dia anak lelaki tetap jaga, kalau boleh tak nak ada sebarang kesan luka atau parut dickulit dia. Tapi bila first time tengok luka di kuning dia, rasa terkilan, memang salah Abah dia bawak ke taman untuk orang dewasa. 

Khamis, 22 Oktober 2015

Sawi Fu Fa



Bahannya :

1. Minyak Masak Secukupnya
2. 3 Tangkai Pokok Sawi
3. 3 Biji cili merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 3 sudu besar sos tiram
6. 1/2 cawan air
7. 
1 Biji telur
8. Garam Dan Gula Secukupnya


Selasa, 20 Oktober 2015

Bubur Labu








Ice cream paddle pop






Bahan-bahan :

1. 1/2 tin susu pekat manis (terpulang nak manis lebih kan susu)
2. 3 cawan full cream milk
3. 2 sudu kecil ovalett
4. 2 sudu kecil esen vanilla
5. Pewarna makanan merah, biru, kuning, hijau, coklat (ikut suka nak warn a apa)



Jumaat, 16 Oktober 2015

Bertugas

terasa sempet pakai blazer ni kikikiki...


Seronok bekerja semangat di Japen masih kekal sebati dalam diri. Lebih seronok lagi bila berjumpa rakan sejabatan. Amboi toleh sana kenal toleh sini kenal toleh situ pun kenal, kesana kenal, kesini kesitu pun kenal jugak.... 

Ingatkan kalau dah keluar dari jabatan dah x de nak jumpa2 orang jabatan, rupanya!!!!! ada hubungan dengan Cawangan Perhubungan Antarabangsa. Memang ada hubungan secara langsung dengan wisma putra kerana ASEAN. Apa pun aku OK je.

Khamis, 15 Oktober 2015

Awal Muharam


Jarang2 orang peduli dengan amalan awal tahun islam @awal muharam, termasuk le aku. Tapi tahun ni bersungguh nak buat jugak, bukan buat apa pun, hanya doa hujung dan awal tahun.

Konon-konon nak p masjid, ada ceramah dan  solat jemaah sekali, tapi tu la Ustaz bagi tau 6.29 ptg, majlis start 6.30 ptg, ada ke patut. Eemmmm.... sudahnya buat la sendiri kat rumah.

Isnin, 12 Oktober 2015

Tilam Spring Star




Baru-baru ni ada tetamu datang, so aku beli la tilam ni, memang tebal harganya pun RM750 tengah offer kalau tak RM12++.++ jugak. Memang sengaja beli tilam yang kualiti sikit, sikit je tapi da mahal la sangat rasanya tu.

Alhamdulillah beli jugak akhirnya, hajat nak beli tu memang dah lama ada, tapi biasa la aku nak beli tunggu offer, kebetulan tengok di giant bangi pun ada brand dreamland, hati dah berkobar2 nak beli. Sudahnya aku beli di presint 15 memang bukan brand popular tapi boleh la sedap jugak di buat tidur, ingat nak beli katil sekali, murah je baru RM 450 lagi murah dari harga tilam, tapi tak berani aku nak menanggung risoko, kot2 nak guna duit, @ kecemasan ke, so abaikan dulu, tanpa katil atas tilam empuk pun dah kira sedap dan selesa. 

Ahad, 11 Oktober 2015

Khamis, 8 Oktober 2015

Tetamu




Rumah aku ni memang jarang terima tetamu. Aku pulak memang tak ada nak pelawa sesiapa datang ke rumah, bukan tak sudi nak jemput tapi segan rumah tak ada apa2 sungguuuhhhhh.... sebenarnya aku malu, memang belum bersedia nak jemput kawan-kawan datang rumah. Rumah aku memang paling simple rasanya. Yang ada semua yang asas, lebih2 masih dalam perancangan, atau senang cerita belum ada kemampuan la.

Selasa, 6 Oktober 2015

Ice Cream Layer Cake Nattleta Cheese


Bahan-bahan :

1. 1/2 cawan whipping cream
2. 1/4 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
3. 100 gm cream cheese
4. 1/2 cawan nuttela
5. Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
6. Aluminium foil


Jumaat, 2 Oktober 2015

Sambung Belajar




Aku ni tiba-tiba je tergerak hati fikir nak sambung belajar. Memandangkan sekarang ni kerja memang di pejabat ada kelapangan  tidak se busy di jabatan sendiri. Makanya persekitaran di office baru memang banyak ruang dan peluang untuk aku fokus untuk study malah sekarang aku dapat buat apa yang aku minat,  especially on weekdays. 


Khamis, 1 Oktober 2015

Gemuk Sudah


EEmmmmm.... lepas je ramadhan disambut dengan shawal..... makanya berpesta makan la gamaknya... MasyakAllah asyik2 makan je,. Apa la nak jadi niiii.... Orang selalu kata "senang hati" kalau badan makin berisi, tapi tanya le sesiapa yang banyak isi, susah hati lagi ada sebab badan makin gemuk, mujur la aku ni tak gemuk, mantoooppp je kikikiki.

Rabu, 30 September 2015

Kun Anta




Inilah hadiah hari jadi Asyraaf, dia yang nak Ku anta, Ku anta, belikan la. Memandangkan rumah tak de CD player aku buka le di office, kebetulan jugak Asyraaf  x sekolah, ikut ke office dengar sekali.

Isnin, 28 September 2015

Deodoran Safi



Ini dikira trial, kalau kawan-kawan tau ni mesti dia orang kata sebab hijau!!!! Tapi sebenarnya aku sedang mencari dan memilih produk HALAL, maka berbelek lah aku 1 persatu benda ni dan  deodaran Safi yang halal untuk dipilih, kebanyakkan produk Safi ada logo halal, makanya boleh diyakini.  Alhamdulillah setakat ni memang memuaskan bau badan pun tak naik dan sangat wangi tanpa perlu perfume.

Ahad, 27 September 2015

Kerana Sepotong Ayat



Pada dasarnya memang susah nak memulakan sesuatu yang baru tu, susah  banyak sebab tak biasa kononhya, tapi bila lama kelamaan yang sukar jadi mudah, dan aku selalu terpana dengan ayat2 ringkas yang kebanyakkannya di FB. 

Memang betul kerana sepotong ayat mampu buat orang berubah dan melembutkan hati seseorang, antaranya orang itu adalah aku hahaha. Alhamdulillah niat yang baik tu Allah  sentiasa bagi jalan. Aku!!!! sedang belajar untuk memandang dan menerima sesuatu dengan positif dan 1 perkara yang orang ramai kurang berkenan bila aku kurang pedulikan orang lain. Ada aku kisah!!!

Sabtu, 26 September 2015

Soalan Berulang



Kat kampung kan!! ada aje majlis, kenduri kawin la, yang bertunang, hari jadi anak la itu la ini la, tak de pulak hari yang tak jadi semuanya menjadi-jadi. Kebetulan anak sepupu cucu kepada Mak Ngah, semalam bertunang, dah aku aje yang ada kar rumah, akak balik rumah mertua, pergi la melayankan mak, bawak sekali mak sedara dengan sepupu. So stranded la kalau jumpa sepupu sepapat, Kalau nampak batang hidung aku tak de soalan lain "bila lagi, bila lagi".

Rabu, 23 September 2015

Siap!!!!


Alhamdulillah target untuk siapkan kerja merekod buku selesai sebelum raya haji, huh!!! Lega rasanya. Bertungkus lumus juga nak siapkan, buat dengan konsisten akhirnya siap.

Mujur la Asyraaf x sekolah, so tak de le nak terkejar2 ambik dia ke sekolah ngaji bagai semua cuti bila cuti sekolah. Makanya bukan mudahnNak siapkan, waktu rehat pun aku buat kerja, balik kerja pun lambat, yang penting sekali kerja dah siap, nah! Tengok!!!!! Hanya makan masa dalam seminggu je.

Isnin, 21 September 2015

Cuti Sekolah


Last minute aku baru tau minggu ni cuti sekolah, ini lah sebenarnya perkara yang tidak disukai aku 2 beranak. Asyraaf tak de kawan dan terpaksa duduk rumah sorang2 ataupun ikut aku ke office dengan syarat bangun cepat, tak bangun jawabnya aku tinggal. Mujur la aku duduk dalam bilik, so tak de le orang perasan sangat aku bawak anak. Sebelum ni aku duk di Admin tempat agak terbuka, so aku berat hati sikit nak bawak Asyraaf ke office, nanti apa pulak kata orang lain.

Ahad, 20 September 2015

Sabun Pencuci TOP



Bertukar lagi pilihan pencuci pakaian, sebelum ni memang guna DAIA baik sabun ataupun softener. Sekarang ni aku gunakan TOP je termasuk softener. Sebelum aku pilih TOP aku buat "siasatan persendirian" semua sabun dan softenerdi beberap pasar raya yang biasa aku kunjungi. Keputusannya hanya TOP dan BIO ZIP yang di labelkan halal, selain daripada tu tak ada bukan tak halal tapi tidak diyakini kehalalanya bila tiada sebarang logo HALAL.

Sabtu, 19 September 2015

Pineng Power Bank


Akhirnya aku beli jugak power bank, jenama Penang, 10000 mAh RM 110, tak tau le mahal ke murah, dah beli pun. Walaupun tokei tu kata ori, aku harap2 ori la, boleh pakai lama.

Ini merupakan pembelian kali ke dua, sebelum ni ada beli jugak nun di Sabah, bertugas sempena pengisahan kebangsaan tapi sedih dapat guna sekejap je, lepas tu sakitnya hati memang tak berguna langsung, tak tau ori ke tidak sudahnya simpan je, patutnya barang tak guna hukum buang je, tapi aku kan biasa la, suka nak simpan, kotak pun simpan, sikit hari lagi boleh buat muzium persendirian kikikiki.... 

Khamis, 17 September 2015

Sambal Hijau


Bahan :
1. 2 ulas bawang putih

2. 6 biji bawang merah
3. 1 genggam ikan bilis
4. 12 tangkai lada cili hijau
5. 5 tangkai lada basah hijau
6. Sedikit air asam jawa
7. Garam dan gula secukupnya
8. Minyak masak secukupnya

Isnin, 14 September 2015

Sotong Kembang Masak Lada Hitam


Alahai cukai!!!!



Sebenarnya cukai pintu ni sekali je pernah aku bayar, seingat aku la kalau tak ingat maknanya lupa hahaha... tu pun masa menetap dan bekerja di Muar. Selepas dapat kunci dan menetap dalam setahun rumah disewakan kerana aku bertukar ke Tangkak dan penyewa lama tak de maklumkan apa2. Tak mahal pun RM70 untuk 1/2 tahun, so setahun baru RM 140. 

Oleh kerana dah bertahun2 tak bayar, ha!!! ambik ko!! kene le RM700++. Apa la nasib kan, lepas 1, satu kos nak kene tanggung. Syukur Alhamdulillah berkat beringat dan berjimat cermat, walaupun niat hati nak membeli barang keperluan rumah, terpaksa tangguhkan dulu tapi hutang wajib di bayar. In syhaa Allah, bersabar dan berusaha untuk terus menyimpan. Bila agaknya orang nak sumbang kat aku 2.6 bilion.. hehehe.... dalam mimpi pun belum tentu kikiki....

Ahad, 13 September 2015

Stand Mixer Singer




Oleh kerana da mula minat nak buat kek, dan ada jugak kek yang di buat tanpa menggunakan oven, malah dah pun beberapa kek dapat dibuat  secara manual, "pukul guna tanggan je" memang penat sikit dan makan masa.  So teringin nak beli mixer, tapi dalam masa yang sama terkenangkan mixer yang dah ada dan disimpan di rumah Muar. So tanggung le dulu. Hajat nak tengok mixer yg sedia ada, mana tau boleh pakai lagi kan!!!

Rabu, 9 September 2015

Ayam goreng Mek Eda



Bahan :
1. 1 sudu besar serbuk kunyit
2. 1 sudu kecil garam (ikut suka)
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 2 tangkai serai
6. 3 sudu gula merah @ gula melaka
7. 500 g ayam (potong kecil)
8. Minyak masak secukupnya


SESEDAP RASA