Khamis, 31 Disember 2015

Tak Stabil

Emm... sejak balik dari Langkawi keadaan aku masih tak stabil lagi. Kepala Pening, kadang kala pandangan mata kabur mata pening ke apa ntah. Badan pulak bisa-bisa, cadang nak siapkan pakaian asyraaf yang tak siap masih dalam keadaan sama.

Semalam je baru berkesempatan aku keluarkan semua seluar yang nak direpair, tak tau la sempat ke tidak. Hari jumaat  @ esok nak balik kampung terus lepas balik kerja. Tapi tu la, apa yang patut di buat masih tak terbuat, layankan badan yang tak sedap je ni.



Yang peliknya selera bukan main tajam menikam, dalam keadaan tak berapa sedap badan ni makan sedap pulak lalu dan laju jer...., pagi aku terpaksa masak memang tak larat nak keluar, mandi pun lambat. Itu pun ikan sadin je dengan nasi, ambik sikit je nasi, tub2 tambah lagi wah!!!! lain macam. Itu isnin aku  terpaksa EL sebab badan tak boleh tahan bukan setakat penat, bahu rasa sakit, rasa nak muntah, macam-macam pulak rasanya, tapi petang gagahkan jugak diri cari makan kat presint 14, jauh tu semata-mata nak makan tom yam, mee hoon tom yam dengan satey babat, Alhamdulillah sedap!!!

Selasa pulak aku berhajat ke Pasar Malam nak makan bubur, maklum le orang tak sihat. Makan la bubur dengan sup tulang, haaa kawww.... banyak pulak, aku bawak balik bungkus. Sedap jugak!!! Alhamdulillah, sempat la beli lauk pauk walaupun duk rumah sorang2. Siap makan cepat2 ke Masjid, hajat nak berjemaah, lama rasanya tak ke masjid, hajat tu ada tapi tak sampai-sampai, banyak pulak urusan duniawinya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA